Halaman

Sabtu, 4 Februari 2012

UMUR RASULULLAH DAN PERISTIWA PENTING

Di sini dicoretkan beberapa peristiwa yang berlaku semenjak Rasulullah S.A.W dilahirkan sehinggalah kenabian baginda untuk pengetahuan kita bersama.
Baginda S.A.W berumur setahun
Halimah Sa’diah datang ke Mekah dan mengambil baginda untuk dibawa pulang ke bani Sa’ad bagi tujuan mengasuh sebagaimana adat masyarakat arab dulu
Ketika berumur dua tahun
Sayyidina Abu Bakar dilahirkan.
Ketika berumur tiga tahun
Berlakunya peristiwa pembelahan dada baginda buat kali pertama. Menurut riwayat yang lain berlaku ketika umur baginda empat tahun dan satu riwayat lagi ketika umur baginda lima tahun.
Ketika berumur lima tahun
Halimah Sa’diah mengembalikan baginda kepada ibunya
Ketika berumur enam tahun
Baginda bersama ibunya keluar untuk menziarahi bapa-bapa saudaranya daripada bani Adi bin an-Najjar di Madinah. Pada tahun ini juga ibu baginda wafat dalam perjalanan pulang iaitu di Abwa’
Ketika berumur lapan tahun
Datuknya Abdul Muttalib wafat menurut riwayat yang paling ramai. Penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu Tholib.
Ketika berumur sembilan tahun
Baginda keluar bersama bapa saudaranya Abu Tholib ke Syam untuk berniaga
Ketika berumur tiga belas tahun
Sayyidina Umar al-Khattob dilahirkan
Ketika berumur empat belas tahun
Berlakunya peperangan al-Fajjar antara kabilah Kinanah dan Qais. Rasulullah S.A.W turut serta dalam peperangan ini dan ia merupakan peperangan yang pertama disertai oleh baginda. Ia dinamakan al-Fajjar kerana berlaku pada bulan haram.
Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian Fudhul dan dikatakan ia dinamakan Fudhul kerana dihadiri oleh kumpulan daripada Jurhum yang mana setiap mereka bernama al-Fadhlu. Bani Quraisy telah mermbuat perjanjian di Darul Nadwah dan bersepakat untuk menghalangi orang zalim daripada melakukan kezaliman. Mereka bersepakat di rumah Abdullah bin Jud’an. baginda S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Apa yang aku suka untuk aku berjani ialah kehadiranku di rumah Ibnu Jud’an Hamr an-Nia’m dan jika aku diajak baginya nescaya aku menyukainya.
Ketika berumur dua puluh lima tahun
Baginda keluar bersama dengan Maisarah dalam menjual barangan perniagaan Siti Khadijah sebelum baginda mengahwini Siti Khadijah dua bulan selepas itu pada tahun yang sama.
Ketika berumur tiga puluh tahun
Sayyidina Ali bin Abu Tholib dilahirkan berhampiran Ka’bah
Ketika berumur tiga puluh empat tahun
Lahirnya Mu’awiyah bin Abu Sufian dan Mu’az bin Jabal
Ketika berumur tiga puluh lima tahun
-Telah tersebar mengenai telah munculnya baginda dan juga berkat serta sifat amanahnya
- Fatimah az-Zahra’ dilahirkan
- Ka’bah runtuh dan Quraisy telah membaik pulihnya yang mana baginda telah diminta untuk memberi pendapat tentang bagaimana cara untuk meletakkan kembali hajarul aswad ditempatnya kembali bagi menyelesaikan pertenglingkahan antara mereka.Baginda telah mengambil sehelai kain yang mana hajarul aswad diletakkan dalamnya dan selepas itu baginda meminta 4 orang pemimpin utama Quraisy agar memegang keempat-empat punca kain  itu. Apabila tiba ditempat asalnya maka Rasulullah S.A.W mengambil hajaru aswad itu dan dimeletaknya dengan mengunakan tangan baginda yang mulia.,
Ketika berumur tiga puluh lapan tahun
Berlakunya tanda-tanda awal kenabian baginda yang mana baginda telah melihat cahaya dan mendengar suara tetapi tidak melihat tuan suara tersebut. Baginda mula berkhalwat di gua Hira’
Ketika berumur empat puluh tahun
Jibril telah datang menemui baginda untuk menyampaikan wahyu daripada Allah. Permulaan kenabian ini disebut berlaku pada hari Isnin.
Tahun pertama kenabian baginda
Siti Khadijah, Ali bin Abu Tholib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam
Inilah antara peristiwa penting yang berlaku semenjak nabi S.A.W dilahirkan sehinggalah tahun pertama kenabian baginda S.A.W. Insya Allah selepas ini akan dicoretkan mengenai beberapa peristiwa yang lain selepas kenabian. Semoga ia dapat menambahkan lagi pengetahuan kita tentang peristiwa yang penting sepanjang hayat baginda untk renungan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan