Seorang wanita datang kepada Rasulullah s.a.w. Ia menyerahkan kain
yang ditenunnya sendiri dan diserahkan kepada Rasulullah s.a.w sebagai
rasa cintanya kepada Rasulullah s.a.w. Dengan senang hati Rasulullah
s.a.w menerima pemberian itu dan memakainya. Dengan memakai kain
pemberian wanita itu, Rasulullah s.a.w keluar menemui sahabatnya. Salah
seorang daripada sahabat melihat begitu indahnya kain yang dipakai
Rasulullah s.a.w, lau berkata, “Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain
yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya,” ujarnya.
“Baiklah,” jawab Rasulullah s.a.w ringkas. Setelah keluar dari suatu
majlis,Rasulullah s.a.w datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi
menggunakan kain tenun yang baru dipakai itu. Kain pemberian wanita itu
berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang
memujinya tadi. “Terimalah kain ini dan pakailah,” ujar Rasulullah s.a.w
Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu. Kain
pemberian wanita itu sangat disenangi Rasulullah s.a.w kerana itu
dipakainya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak permintaan
seseorang. “Mengapa engkau masih memintanya ?” sungut para sahabat.
Apa jawab sahabat yang meminta kain kepada Rasulullah s.a.w, “Saya
minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk saya gunakan
untuk kain kafanku.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan