Jika
harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka
segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
“Dikisahkan,
bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah,
beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya
Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya
Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir
lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya
seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang
sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan
aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar
kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
“Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab
orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan
mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu
dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun
berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di
dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia
tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan
ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang
Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya
dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku
bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau
diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman,
dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika
itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka
hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi
itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”
Rasulullah
bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab
orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula
betapa kedermawanannya!’
Mendengar
ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam
kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya
kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya,
sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak
akan menghisab
dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan