Halaman

Isnin, 6 Jun 2011

PAVLOVIAN APPLICATIONS


Teori tingkah laku behaviorisme yang dipelopori oleh ahli-ahli psikologi behavioral seperti John B. Watson, Ivan Pavlov merupakan teori pembelajaran yang mengaitkan pembelajaran dengan perubahan tingkah laku. Mereka menjalankan kajian ke atas haiwan bagi membuktikan teori ini dan kemudian mengaplikasikannya terhadap tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur di dalam pembelajaran dengan tujuan untuk menghurai, menerang, meramal dan mengawal tingkah laku manusia. Melalui teori ini, tokoh-tokoh ini berpendapat bahawa tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara baka dan persekitran dan boleh diperhatikan, dikawal serta diramal melalui penggunaan konsep peneguhan dan jadual peneguhan. Mereka juga menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan rangsangan adalah sesuatu proses pembelajaran demi membentuk sesuatu tingkah laku yang baru dan teori pembelajaran ini disebut sebagai Teori behaviurisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849–1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan.

                               Komponen pertama dipetik daripada prinsip pelaziman klasikal, atau kadang-kadang disebut juga sebagai pelaziman responden yang diasaskan dari hasil kajian Pavlov (1960). Dalam sebuah kajian, John B. Watson (1920) telah menggunakan prinsip Pavlov, iaitu prinsip pelaziman klasikal, untuk melatih Little Albert takutkan kepada tikus yang putih Dalam eksperimen tersebut, Watson menggunakan rangsangan tidak terlazim (bunyi loceng yang kuat), yang digandingkan dengan rangsangan dilazimkan (tikus putih). Ini mengakibatkan respon terlazim (terperanjat dan rasa takut). Contoh ini penting untuk difahami kerana ia menjadi asas kefahaman teori behaviorisme, dan ia menunjukkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan menggunakan prinsip pembelajaran. Watson berpendapat tingkah laku manusia boleh dilihat dan juga boleh diukur. Beliau juga berpendapat tingkah laku dipengaruhi oleh persekitaran dan bukannya unsur-unsur dalaman. Eksperimen ini telah menjadi perkara asas dalam kefahaman teori behaviorisme. Melalui eksperimen ini dapat disimpulkan bahawa emosi seseorang boleh dipelajari dan diubah dengan prinsip pembelajaran. Berdasarkan pandangan melalui pendekatan ini tingkah laku adalah satu gerak balas yang dipelajari dengan wujudnya ransangan.

                                Berdasarkan eksperimen yang dilakukan oleh Watson dapat dijelaskan bahawa perkembangan diri individu sama ada positif atau negatif dapat diubah melalui pengalaman, latih tubi dan rangsangan yang tertentu. Sebagai contoh, seorang murid yang sering menimbulkan masalah di dalam bilik darjah tiba-tiba senyap dan menunjukkan tingkah laku yang positif. Jika guru memberikan ransangan seperti pujian dan ganjaran kepada murid tersebut ia dapat menukar tingkah laku negatif tersebut kepada tingkah laku yang positif.

                                Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran. Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.
Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

                                  Dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov, terdapat beberapa konsep yang diambil kira iaitu:-
a)                  Penguasaan:
Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.
b)         Generalisasi:
Generalisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Intan  menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Intan juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.
                        c)         Diskriminasi:
Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.
                       d)          Penghapusan:
Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN
Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.
   
                               Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

                                 Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai ialah menggunakan ransangan tak terlazim dikaitkan dengan ransangan terlazim. Hal ini dibuktikan oleh Pavlov dan Watson melalui kajian yang mereka jalankan iaitu Eksperimen Little Albert dan eksperimen ke atas anjing. Eksperimen-eksperimen tersebut secara ringkasnya menekankan bahawa, peneguhan atau keselesaan kepada responden pada awalnya. Kemudian, setelah responden terbiasa dengan keadaan tersebut, penghapusan akan dijalankan.

                                Melalui teori yang dikemukakan oleh kedua- dua tokoh tersebut, dapatlah digunakan oleh para pendidik dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara implikasi teori tersebut dalam P&P ialah gerak balas positif (perhatian dan penglibatan murid- murid dalam P&P) dapat dipupuk melalui pelaziman klasik.

KETAKUTAN DAN FOBIA
Ketakutan yang berlaku kepada kanak-kanak jika ia tidak ditangani segera pada peringkat awal boleh berlanjutan sehingga mereka dewasa dan menjadi individu yang mudah mengalami anxiety disorder. Kenapa kanak-kanak mempunyai perasaan takut?. Perasaan takut adalah normal dianugerahkan tuhan sebagai pertahanan badan kita terhadap musuh. Secara semulajadi kanak-kanak mempunyai perasaan untuk mengetahui sesuatu yang baru (explore). Semasa proses ini ketakutan boleh timbul sesuatu perkara di anggap ancaman.
Kepada orang dewasa menakutkan kanak-kanak semasa berada dalam gelap mungkin menyeronokkan tetapi ketakutan boleh timbul kepada kanak-kanak dan akhirnya menjadi fobia.



MENANGANI FOBIA PADA KANAK-KANAK. 

a)         Jangan kaitkan sesuatu situasi dengan perkara yang menakutkan kanak-kanak.. 
                                                                    i.                        “berada dalam gelap (situasi) nanti ada hantu (perkara yang ditakuti)”. Ini akan menimbulkan fobia kepada kegelapan walaupun tiada hantu.
                                                                  ii.                         “menonton rancangan TV yang menakutkan (perkara yang ditakutkan) ketika guruh berdentum (situasi)” Ini akan menimbulkan ketakutan ketika guruh berdentum walaupun tiada rancangan TV yang menakutkan.
                                                                iii.                         “meletupkan belon ( perkara yang ditakutkan) semasa bunyi enjin motor yang kuat (situasi). Ini akan menimbulkan ketakutan semasa mendengar enjin motor walaupun tiada belon dipecahkan.
b)                  Dedahkan kanak-kanak kepada perkara yang menakutkan secara perlahan dengan cara yang selamat.
                                                                    i.                        Tujuan untuk mengelakkan anak takut mandi kolam.
                                                                  ii.                         Pastikan keselamatan. Gunakan pelampung atau jaket keselamatan.
                                                                iii.                         Bawa anak bermain di gigi air bersama mainan yang digemarinya.
                                                                iv.                         Setelah leka bermain peluk anak dan bawa ke dalam air pada jarak yang tidak berapa jauh dari gigi air bersama mainan dan hilangkan keresahannya dengan bermain bersama.
                                                                  v.                        Setelah keresahannya hilang, peluk anak anda dan cuba bawa ke bahagian kolam yang lebih dalam bersama mainan dan hilangkan keresahan dengan bermain bersama.
                                                                vi.                        Jangan risau jika pada awalnya kanak-kanak merasa risau dan ketakutan. Perasaan normal ini akan kembali reda apabila mereka merasa selamat dan gembira bermain bersama anda.
                                                              vii.                        Jangan kaitkan sesuatu menakutkan semasa proses ini. Contohnya. Memeranjatkan kanak-kanak itu dengan letupan belon, cuba menenggelamkan kanak-kanak tersebut . Perkara yang menakutkan ini akan menyebabkan mereka ketakutan berada di dalam kolam di kemudian.

MERAWAT FOBIA KANAK-KANAK
Contoh: kanak-kanak yang takutkan bunyi bising enjin motor bapanya atau kenderaan lain. Ia menjadi masalah kepada si bapa kerana motor adalah kenderaan utamanya. Perkara ini mungkin berlaku secara semulajadi atau peristiwa lama yang dialami oleh kanak-kanak itu menyebabkan kaitan (association) antara sesuatu yang menakutkan dengan bunyi bising enjin motor.

Rawatan :Disensitasi Sistematik ( Systematic Disensitization)

Langkah-langkah:
1)                  Bawa kanak-kanak bersama mainan yang paling digemarinya. Pastikan ia dalam pelukan ibu. Tunjukkan kepadanya motor yang berada tidak jauh daripada anak anda itu( lebih kurang 20 meter).
2)                  Bapa menghidupkan enjin motor . Ibu dan anak masih berada di jarak 20 meter. Ibu perlu menenangkan anak dalam pelukannya dengan mainan yang paling digemarinya jika anak mula resah. Jangan risau keresahan ini akan hilang setelah beberapa minit anak anda gembira bermain. Ibu jangan cepat putus asa.
3)                  Bapa datang dengan motor yang bising tadi pada jarak 15 meter dari ibu dan anak. Ibu perlu menenangkan anak seperti cara di atas. Ibu jangan cepat putus asa.
4)                  Bapa datang lagi dekat pada jarak 10 meter dan operasi di atas diulang sehingga anak boleh menunggang motor bersama ibu dan bapa
5)                  Perlu diingat ibu dan bapa jangan mudah putus asa jika anak mula ketakutan. Perasaan ini akan hilang dan akan berkurangan setelah anda beri masa kepada anak untuk membiasakan diri.



APAKAH REALITI VIRTUAL DAPAT DIMANFAATAKAN UNTUK PEMBELAJARAN.

Realiti Virtual (RV) adalah suatu teknologi berasaskan komputer yang dapat mengetengahkan suatu pengalaman realistik, tiga dimensi dan interaktif bagi mereka yang meminati komputer. Apakah RV dapat membantu memberikan solusi terhadap relevansi pembelajaran? Kita perlu terlebih dahulu fahami dulu apakah sebenarnya yang dimaksud dengan RV itu sendiri. RV adalah suatu teknologi berbasis komputer yang mampu memberikan kepada penggunanya suatu pengalaman realistik, interaktif atau suatu daya rasa (sense) ada nyata disana (being there). Oleh karena itu RV merupakan suatu alat yang penuh daya yang mendorong belajar, dengan memberi peluang kepada mengungkapkan kemampuannya dalam suatu realitas simulatif tentang suatu lingkungan yang realistis hidup.

                               Namun demikian dapat dibuktikan bahwa RV dapat meningkatkan motivasi, daya retensi keterampilan pelajar dan mengurangi tingkat kesalahan. Sebagai salah satu bentuk pembelajaran pelatihan berasaskan komputer, RV dapat banyak mengurangkan waktu belajar dan kerana ia juga terkait dengan hasil dari proses belajar, RV memberikan pandangan baik tentang teknik evaluasi berasaskan pencapaian prestasi.

                               Sehubungan itu RV memerlukan analisis dan design yang teliti agar dapat diimplementasikan secara efektif. RV kini banyak digunakan dalam berbagai organisasi untuk menyampaikan pemecahan masalah belajar berasaskan prestasi. Berbagai teknik telah dikembangkan untuk membantu dalam proses menciptakan belajar berasaskan RV. Bagaimanakah RV dapat meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran? Untuk menjawabnya perlu dianalisis lebih lanjut hal-hal berikut ini.




HAKIKAT REALITI VIRTUAL

Seperti telah disebut di atas, RV adalah suatu teknologi berasaskan komputer yang memberikan suatu pengalaman realistis, interaktif, atau suatu daya-rasa (sense) tentang sesuatu yang ada ("being there") Menurut Carol Gunther Mohr dalam the ASTD Handbook of Training Design and Delivery (2000). Realitas Virtual adalah: Representasi realiti hidup, tiga dimensi dengan komputer grafik yang menggambarkan fungsi objek lengkap atau lingkungan dan memungkinkan seseorang bergerak di dalam lingkungan tersebut; Tanggapan interaktif, serta-merta dan realistik terhadap aksi penggunanya; Membawa, melibatkan dalam proses fizik dan menempatkannya pada pusat pengalaman pengguna.

                               Namun RV memberikan kesan multi sensori yang memungkinkan pengguna: melihat dan mendengar, menampilkan kegiatan/aksi, menangkap akibat aksi melaui umpan balik yang serta merta, realistis (secara visual dan auditif), serta dalam beberapa jenis pengalaman umpan balik secara real time (senyatanya). Teknologi RV dapat digunakan secara sendiri sebagai lingkungan virtual saja atau terintegrasi dengan suatu aplikasi pelatihan multimedia berasaskan komputer seperti animasi video, dan teks. RV sering diterapkan mensimulasikan atau aplikasi berasaskn senario yang memungkinkan pengguna menampilkan kemampuan dan menerapkan situasi yang perlu mereka tangani cthnya mengatasi masalah memanjat bangunan tinggi dan sebagainya.

BEBERAPA TEKNIK ASAS DALAM REALITI VIRTUAL

Berikut akan dibahaskan mengapa dan bagaimana mengembangkan program belajar berasaskan RV. RV diterapkan orang ditujukan pada suatu aneka permasalahan latihan dan situasi. RV tidak terlepas dari suatu pengalaman sendiri. Seorang pengguna "membenamkan diri" dalam suatu lingkungan virtual, berinteraksi dengan objek disekitarnya dan mengalami hasil/akibat dari aksi tersebut dalam bentuk visual, oral dan kadangkala stimulus rasa. Tingkat interaktif yang diberikan RV menambahkan suatu lapis komplikasi dan perhatian yang membuat penggun dalam melakukan pengoperasian point and click (menunjuk dan klik) yang disediakan oleh kaedah pelatihan berasaskan komputer lain. RV dapat berupa suatu lingkungan sendiri atau dapat dikaitkan dalam suatu program pelatihan multimedia berasaskan komputer seperti medium lainnya. RV berasaskan program dengan kebolehan diri (pengguna) adalah yang paling efektif untuk pengajaran kognitif atau keterampilan prosedur. Program ini dapat direkabentuk untuk pembelajaran pengenalan bagi staf baru; pembelajaran penyegaran atau remedial bagi staf yang berpengalaman; untuk praktik dan latihan keterampilan bagi semua staf.


BELAJAR DENGAN BIMBINGAN INSTRKTUR

Pengajaran dengan pelatih di kelas dan makmal dapat menggunakan program berasaskanRV untuk: Memberikan ilustrasi peralatan yang kompleks atau tentang prosedur yang efisien;  Mendemonstrasikan kondisi atau lingkungan sekitar yang tidak biasa yang akan sulit atau berbahaya dilakukan dengan peralatan yang sebenar atau dalam keadaan nyata.

DIINTERGRASIKAN DENGAN KAEDAH LAIN

RV dapat diintergrasikan dengan teknik pembelajaran lain dengan efektif, khusus-nya latihan hidup. Yang menggunakan sebagian peralatan dan lingkungan RV adalah suatu alat untuk mengurangi harga yang mahal, yang sulit dicari atau peralatan yang sulit ditangani dan untuk menyiapkan pelajar yang menggunakan sebagaian besar waktunya di dalam "dunia nyata". Namun memanfaatkan RV saja sebagai jalan penyelesaian tunggal bukanlah suatu kaedah latihan keterampilan pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Strategi pelatihan yang paling efektif adalah mendayagunakan gabungan pelatihan virtual untuk keterampilan kognitif.

MANFAAT DARI PENGGUNAAN RELITI VIRTUAL

Sebenarnya RV menyumbang manfaat dari semua teknologi CBT termasuk
·                 Menguranggi total biaya pelatihan,
·                  Memperbaiki konsistensi isi pelajaran,
·                 Menguranggi waktu belajar
Dapat ditambahkan bahwa penggunaan teknologi komputer dengan aneka kemampuannya untuk peningkatan relevansi pembelajaran dalam erti realiti kehidupan sesuangguhnya dapat diuji, dimanipulasi, dievaluasi mungkin sehingga memberikan pengalaman belajar yang amat berharga.

PARAPHILIA
Menurut Sigmund Frued paraphilia ialah manusia yang mencapai kepuasan seks dalam keadaan yang berbagai-bagai. Paraphilia didefinisikan juga sebagai  dorongan, fantasi, atau perilaku seksual yang berulang dan intensif yang melibatkan objek, aktiviti atau situasi yang tidak biasa dan menimbulkan keadaan seksual yang merbahaya. Biasanya parafhilia berlaku kepada golongan lelaki.
Paraphila termaksuklah:
                                i.            Ekshibisionisme:        Menunjukkan  kemaluan kepada orang yang tidak dikenal untuk mendapatkan kenikmatan seksual. Biasanya mereka akan merasa puas apabila dapat menunjukan kemaluan kepada orang yang tidak dikenali.


                              ii.            Fetisisme: Kegiatan seksual yang merangsang dengan melibatkan penggunaan benda yang berkaitan dengan seksual seperti  bra, seluar dalam wanita dan lain-lain untuk mendapatkan kenikmatan seksual. Biasanya mereka yang bersifat fetisisme akan  melakukannya dengan melancap lalu memancutkan di atas barang-barang tersebut.
                            iii.            Froteurisme: Kepuasan seksual yang diperoleh oleh seorang lelaki  dengan menyentuh, meraba ataupun meramas bahagian tubuh atau kemaluan wanita tanpa persetujuan daripada wanita. Tindakan mereka biasanya dilakukan kepada orang yang tidak dikenali seperti berada di mall, dalam LRT dan sebagainya.
                            iv.            Sadisme: Mendapat  kenikmatan seksual yang diperoleh dengan menyeksa pasangan seksualnya. Selain melakukan secara nyata sadisme seksual biasa terjadi hanya dalam khayalan atau mungkin diperlukan hanya untuk mencapai orgasme. Biasanya orang yang bersifat sadisme akan  menjerat mangsa yang ketakutan dan kemudiannya  memperkosa mangsa tersebut.
                              v.            Pedofilia:Mereka yang mendapat kenikmatan seksual yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur secara paksa. Mereka akan merasa puas apabila dapat melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak dan dapat menyeksa kanak-kanak tersebut.
                            vi.            Veyourisme: Bagi pengamal veyourisme pula mereka yang mendapat kepuasan seks apabila dapat mengintai orang yang sedang bogel atau orang lain yang sedang melakukan hubungan seksual. Biasanya mereka yang bersikap veyourisme ialah terdiri daripada lelaki yang dewasa.

                                 Berdasarakan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Sigmund Frued ke atas 60 orang pelajar didapati sebanyak 2% mereka yang mengalami exhibitionist, 5% mereka yang suka memaksa dalam melakukan hubungan seks dan 42% mereka yang mengamalkan dan mendapat kepuasan seks secara Veyourisme. Dalam kajian lain dinyatakan 1 daripada 5 orang pelajar yang tertarik untuk melakukan hubungan seksualnya dengan kanak-kanak. Ramai yang percaya mereka yang melakukan hubungan yang luar biasa ini didorongi oleh paksaan luar kawal yang misteri.  Walaupun paraphilia yang berlainan berasal daripada sebab yang berlainan, tiada bukti sainstifik untuk membuktikan paraphilia adalah tingkah laku yang semulajadi.

                               Oleh itu, dalam satu kajian yang lain Pavlov  menyatakan  satu eksperimen yang boleh memberi jawapan kepada persoalan ini.  Dalam eksperimen iti, Pavlov membuat kejutan elektrik keatas makanan. Apa yang menakjubkan, anjing akan meleleh air liur sebagai reaksi kepada kejutan elektrik itu, seperti dilakukan apabila memberi reaksi kepada loceng. Anjing lain pula meleleh air liur sebagai reaksi kepada perkara lain yang menyakitkan  anjing tersebut berkelakuan seperti ianya suka kepada sesuatu yang menyakitkan. Ini adalah kemungkinan pengalaman asal yang sama. Sekiranya pengalaman kesakitan atau dilakukan berulang-ulang dan menyebabkan kepuasan  seks dan rangsangan yang bertentangan boleh membangkitkan keinginan seks.

                                  Mengikut pelaziman Pavlov pula mencadangkan satu dasar perawatan kepada paraphilia. Rawatan tersebut di panggil “Aversian theraphy”. Sekiranya terapi ini berkesan rangsangan seks yang dialami oleh paraphilia akan merasa tidak selera dan selesa untuk melakukan hubungan seks diluar tabii. Selain itu juga, terapi ini juga digunakan kepada seorang lelaki yang berkahwin yang terangsang kemahuan seksnya dengan berpakaian wanita. Dia suka berpakaian wanita sejak berumur 8 tahun lagi. Selepas berkahwin dia masih memakai pakaian wanita untuk merangsang keinginan seksnya. Dia mendapatkan rawatan selepas diketahui oleh isterinya.

SISTEM  IMUN
Sistem kekebalan atau sistem imun adalah sistem perlindungan pengaruh luar biologis yang dilakukan oleh sel dan organ khusus pada suatu organisme. Jika sistem kekebalan bekerja dengan benar, sistem ini akan melindungi tubuh terhadap infeksi bakteri dan virus, serta menghancurkan sel kanker dan zat asing lain dalam tubuh. Jika sistem kekebalan melemah, kemampuannya melindungi tubuh juga berkurang, sehingga menyebabkan patogen, termasuk virus yang menyebabkan demam dan flu, dapat berkembang dalam tubuh. Sistem kekebalan juga memberikan pengawasan terhadap sel tumor, dan terhambatnya sistem ini juga telah dilaporkan meningkatkan resiko terkena beberapa jenis kancer.

                                Apakah yang dimaksudkan dengan sistem imun? Perkataan imun berasal dari bahasa Latin ‘immunitas’ yang berarti pembebasan (kekebalan) yang diberikan kepada para senator Romawi selama masa jabatan mereka terhadap kewajiban sebagai warganegara biasa dan terhadap dakwaan. Dalam sejarah, istilah ini kemudian berkembang sehingga pengertiannya berubah menjadi perlindungan terhadap penyakit, dan lebih spesifik lagi, terhadap penyakit menular. Sistem imun adalah suatu sistem dalam tubuh yang terdiri dari sel-sel serta produk zat-zat yang dihasilkannya, yang bekerjasama secara kolektif dan terkoordinir untuk melawan benda asing seperti kuman-kuman penyakit atau racunnya, yang masuk ke dalam tubuh.

                                 Pengkaji-pengkaji sedia maklum reaksi alahan tidak selalunya disebabkan oleh tindakan genetic kepada allergen. Menurut J-Mackinti (1984) menerangkan satu kes pesakit yang mempunyai alahan apabila memakai hidung palon. Hasil daripada laporan itu, ramai sainstis-saintis hairan samada alahan disebabkan oleh sebahagian daripada pensyaratan Povlov. Russell mencadanagkan, dengan cara yang sama seseorang yang alah kepada sesuatu bahan boleh juga alah kepada bahan yang selalu ada kaitannya bahan tersebut. Sebagai contoh, orang yang alah kepada tomato akan alah kepada makanan yang ada rasa, bau atau rupa tomato walaupun ianya bukan tomato.

                                Mengikut pensyaratan Povlov mungkin sutu hari nanti dibentuk sebahagian daripad alat melawan kanser. Begitu juga dengan kimoterapi yang digunakan untuk membunuh kanser juga dijumpai untuk melemahkan system imun.

                               Sistem imun terbahagi kepada dua, iaitu imunisasi aktif dan pasif. Imunisasi aktif adalah pemberian kuman atau racun kuman yang sudah dilemahkan atau dimatikan dengan tujuan untuk merangsang tubuh memproduksi antibodi sendiri. Contohnya adalah imunisasi polio atau campak. Sedangkan imunisasi pasif adalah penyuntikan sejumlah antibodi, sehingga kadar antibodi dalam tubuh meningkat. Contohnya adalah penyuntikan ATS (Anti Tetanus Serum) pada orang yang mengalami lukakecederaan. Contoh lain adalah yang terdapat pada bayi yang baru lahir dimana bayi tersebut menerima berbagai jenis antibodi dari ibunya melalui darah plasenta selama masa kandungan, misalnya antibodi terhadap campak.

                                 Kita cenderung menganggap kalau fikiran dan tubuh sebagai sesuatu yang terpisah, padahal mereka merupakan satu kesatuan: psikoneiroimunologis. Sistem imun merupakan pelindung kesehatan tubuh kita. Sedikit saja gangguan timbul, baik serangan penyakit dari luar (bakteri maupun virus), atau gangguan dari dalam tubuh kita seperti stres dan depresi akan dapat menimbulkan penyakit. hampir semua jenis penyakit dari reaksi alergi hingga penyakit degeneratif, dan dari penyakit infeksi hingga menjadi kanser.
                                  Dengan memahami seluk beluk sitem daya pertahanan tubuh yang terdiri atas berbagai aspek biokimia dan berbagai macam sel darah putih, serta hubungan antara otak, daya pikir, perasaan dan sistem imun maka kita  tidak hanya bertindak saat penyakit telah timbul, tetapi jauh sebelum itu. Sebagai petugas kesihatan, khususnya sebagai jururawat atau doktor kita harus membantu setiap orang agar mampu hidup sihat dan berfikir tenang .

PUNCA-PUNCA KELEMAHAN SISTEM IMUN.
                    i.                        Persekitaran  seperti radiasi ultraungu:
Radiasi ultraungu (UV) daripada pancaran matahari (berikutan pemusnahan lapisan ozon yang berterusan) boleh menjejaskan fungsi tubuh melawan penyakit. Apabila kulit terdedah kepada radiasi UV secara berlebihan, aktiviti sel-sel darah putih yang yang menghasilkan antibodi akan terjejas. Penyelidikan saintifik menyarankan bahawa selaran matahari boleh mengubah penyebaran dan fungsi sel-sel darah putih yang melawan penyakit di kalangan manusia sehingga 24 jam selepas terdedah kepada matahari. Pendedahan yang berlebihan kepada radiasi UV menyebabkan kanser kulit dan pelbagai penyakit mata. Sistem imun yang lemah juga memburukkan lagi penyakit berjangkit yang berpunca daripada bakteria, virus dan parasit tropika.
Ia juga mungkin mengaktifkan virus yang sedia ada pada kulit seperti cacar dan membawa kepada meningkatnya penyakit seperti campak, malaria, tibi, kusta dan jangkitan kulat. Selaran matahari yang berulangan juga dilaporkan mengurangkan kemampuan sistem imun untuk melawan jangkitan bakteria dalam paru-paru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan