Halaman

Selasa, 7 Jun 2011

Novel Psiko-Babo: MESTI BACA

PENGARANG perlu menuang realiti kehidupan dalam novel dan bukan imaginasi semata-mata sekalipun penampilan watak tidak seharusnya secara jelas di samping mereka perlu bijak melindungi tokoh sebenar.

Ketika menurunkan ramuan penulisan novel itu, Sasterawan Negara (SN), Prof Madya Dr Syed Othman Syed Omar, menegaskan karya bukan saja paparan realiti kehidupan tetapi juga cermin kesarjanaan pengarangnya.

?Dalam menampilkan realiti kehidupan watak dalam sesebuah novel, pengarang tidak seharusnya menggunakan nama sebenar tetapi cukup sekadar pengecaman tingkah laku yang digambarkan setepat mungkin,? katanya.

?Dalam menampilkan realiti kehidupan watak dalam sesebuah novel, pengarang tidak seharusnya menggunakan nama sebenar tetapi cukup sekadar pengecaman tingkah laku yang digambarkan setepat mungkin,? katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi dialog ketika membicarakan novel Psiko-Babo karya Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof Rahman Shaari, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di Tanjung Malim, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau yang lebih dikenali sebagai S Othman Kelantan mengakui ada pengarang bersifat misteri kerana banyak mengetengahkan imaginasi seperti Pengarang Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Anwar Ridhwan, dalam novelnya, Di Negeri Belalang.

S Othman ketika menjelaskan pendekatan dalam berkarya mengakui tidak menggunakan kaedah melukis rajah ringkasan watak atau keseluruhan cerita tetapi sekadar menggambarkannya di dalam kepala.

?Saya tidak menulis nama dan perangai watak tetapi dapat mengenalinya. Saya juga membuat ringkasan tetapi tetap mudah menulis mengenainya. Setahu saya SN (Dr) Arena Wati menggunakan rajah,? katanya.

Beliau mengakui novelnya, Wajah Seorang Wanita, adalah autobiografi beliau kerana karya itu berdasarkan pengalamannya bersama ibunya, wanita mithali dalam hidupnya yang yatim ketika berusia dua tahun.

?Seingat saya hanya dua kali saya dipukul ibu. Pertama kali dipukul kerana mengaji al-Quran tidak betul dan kali kedua kerana bising ketika ibu sedang berbual dengan temannya,? katanya.

S Othman meskipun menekankan aspek realiti, mengakui pengarang juga perlu mahir dalam aspek imaginasi, mempunyai sensitiviti dan pengamatan yang tinggi bagi memungkinkannya menghasilkan karya bermutu.

Ketika menjawab satu lagi pertanyaan, S Othman mengakui meskipun Psiko-Babo novel yang penuh dengan sindiran masyarakat kontemporari tetapi ia tidak boleh disamakan dengan Hikayat Pelayaran Abdullah karya Munshi Abdullah.

Ini kerana, sindiran dalam Psiko-Babo dilakukan pengarang secara tersorok menepati budaya Melayu yang mengkritik menggunakan bahasa berlapik manakala Munshi melakukannya secara terus-terang.

?Manusia intelek tidak akan mengata secara terus terang. Sebagai guru kita tidak boleh mengata seseorang murid itu bodoh hatta walau tidak sepandai mana sekalipun pelajar terbabit,? katanya.

Ditanya sama ada novel berkenaan sesuai untuk diterapkan dalam pengajaran sastera di sekolah, S Othman berkata, ia tidak sesuai kerana novel berkenaan menampilkan persoalan berat dan sukar diterima oleh tahap pemikiran pelajar sekolah pada masa ini.

Pengarang Psiko-Babo, Prof Rahman, ketika berdialog dengan peserta menjelaskan sesetengah pihak menyifatkan novelnya yang menimbulkan kontroversi itu sebagai karya ringan.

?Bagi saya kontroversi suatu yang lumrah tetapi ada kalanya dialu-alukan. Skrip drama pentas saya, Suluh Praba, juga menimbulkan kontroversi. Bagaimanapun, Zakaria Ariffin melihatnya sebagai karya yang harus dipentaskan dan akhirnya menjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan