Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas
bin Sam’an bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi Isa: “Beliau akan
turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakai
pakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua
malaikat. Apabila dia menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia
mengangkat kepalanya lagi, turunlah daripadanya seperti untaian
mutiara.”Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa
akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi menara
sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada
berkata: “Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di
sebelah timurnya kecuali yang berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu
di sebelah timur Damsyik.”
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah. Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Para nabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan. Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa bin Maryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakai pakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akan menghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing. Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh kaum muslimin.”
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan
tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi Isa pada akhir zaman
akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan
segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya,
beriman dengan semua Rasul, berserah kepada Allah dan taat dengan
sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah dianjurkan oleh
agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi,
sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang
mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada membawa syariat
kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman
beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama
atau syariat baru. Beliau datang nanti untuk menguatkan agama Islam,Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya
Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w
menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke
Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh (Imam Mahdi
menurut riwayat itu).
“Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimami solat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: “Teruskanlah, sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau.” Maka sembahyanglah mereka semua di belakang Imam tadi.“Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.“Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajal itu.
“Orang-orang Yahudi pun akan
dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba lari dan
bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai
bercakap atau bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud
termasuklah dinding, batu, pokok kayu dan sebagainya. Kalau ada orang
Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda itu akan
memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok
Yahudi), jika mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata:
“Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah
dia.”Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Dajal
akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun lamanya
seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti
satu minggu. Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja.
Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kota Madinah (Madinah pada zaman
Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu malam.”Mendengar yang demikian ada yang
bertanya: “Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu yang begitu
singkat ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukur sajalah
jaraknya dan bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Isa bin
Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil. Beliau akan
menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua
babi. Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak
perlu membayar cukai, bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak
ada orang yang berhak menerimanya.“Pada hari itu semua makhluk dalam
keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu, dengki, saling
memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anak
perempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak
menerkamnya, begitu juga kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia
ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian, keamanan dan ketenteraman.
Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan pendapat.
Tidak ada yang disembah selain Allah.“Orang Arab ketika itu nanti akan
merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkan cahayanya,
menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia
akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.” Ibnu Katsir berkata: “Abdul Rahman
Al-Muharibiy berkata: “Sebaiknya hadis ini dijadikan untuk mendidik
saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama
maksudnya dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari
Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu akan
memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akan memerangi mereka habis-habisan
sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata: “Wahai orang
muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.”
Menurut riwayat, bumi nanti akan
mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu pada zaman Nabi Isa.
Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah,
sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah
s.a.w bersabda: “Sudah hampir masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam
menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi,
menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu
melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan
sekalian alam.”Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu
Mas’ud, dari Rasulullah s.a.w: “Pada malam aku diisrak mikrajkan, aku
telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan
hari kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi
beliau hanya menjawab: “Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat.
Cuba kalian tanya kepada Musa.” Mereka tanya Nabi Musa tetapi beliau
juga hanya menjawab: “Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kalian
tanyakan kepada Isa.”
“Mereka tanyakan kepada Isa kemudian
beliau berkata: “Sebenarnya tidak ada yang mengetahui masalah ini
kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti
muncul sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja
Dajal itu melihat aku, dia pun hancur seperti hancurnya timah yang
terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu juga orang-orang kafir
lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: “Wahai
orang muslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan
bunuhlah dia.”Kata Nabi Isa lagi: “Setelah Allah SWT
membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang ke rumah mereka
masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj,
yakni bertebaran dari segenap penjuru.Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat
tidak ada yang tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan
yang ada dan meminum semua air. Setelah habis makanan dan buah-buahan,
daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan tasik semua habis
mereka minum.”
Tambah beliau lagi: “Orang-orang
mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan Makjuj itu
sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu.
Berkat doa mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul
masalah yang cukup besar lagi, yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang
bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh dunia terasa bau
bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga
bangkai-bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.”Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak,
Rasulullah s.a.w bersabda: “Belum terjadi kiamat sebelum Isa bin Maryam
berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah
SWT menghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi
sahabatnya. Nabi Isa dan kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk
mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum mati dan belum pernah
mengerjakan haji.”Sebelum ini sudah diterangkan riwayat
dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s akan memimpin
dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih
Muslim, dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia
selama 7 tahun. Pendapat yang lebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun.
Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-sama benar. Maksudnya
kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian
turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau
diwafatkan Allah SWT. Setelah tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa
wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40 tahun. Wallahu A’lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan
yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akan keluar pada
zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa
pada satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan
mengerjakan haji setelah turun nanti. Muhammad bin Ka’ab Al-Quraiziy
berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabat Nabi Isa nanti dan mereka
akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di Madinah.
Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan
berdekatan dengan makam Rasulullah s.a.w.Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan
dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi Muhammad s.a.w, kuburan Abu
Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan yang keempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan