Halaman-halaman baru. Halaman-halaman
yang tak terbatas. Semua yang dimiliki Allah Yang Maha Agung adalah tak
terbatas. Jika kalian mampu untuk menemukan suatu limit atau batas dari
bilangan, kalian boleh untuk berbicara sedikit tentang kurnia-kurnia
Allah Ta’ala. Kerana itulah, Allah ‘Azza wa Jalla mengatakan bahawa
seandainya samudera dan lautan menjadi tinta, dan pohon-pohon menjadi
pena untuk menulis, maka itu semua hanya akan menjadi setitik zarah
kecil dari pengetahuan syurgawi yang dimiliki Allah Ta’ala. Dan tinta
tersebut akan habis, bahkan jika seandainya kalian membawa tujuh
samudera bukan hanya satu samudera.[1]
Bahkan seluruh samudera yang menjadi tinta itu akan habis dan kering, sedangkan pengetahuan dan ilmu yang Allah Subhanahu wa Ta’ala terus kurniakan pada Penutup Para Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam,
tak akan pernah habis, kerana beliaulah satu-satunya yang berbicara
mewakili Allah Ta’ala – yang pertama! Allah Ta’ala tak pernah berbicara
pada siapa pun yang lain dalam Hadirat Ilahiah-Nya kecuali pada dia yang
paling terhormat di antara seluruh ciptaan, Sayyidina Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam. Tak seorang pun mampu mendekati Hadirat Ilahi seperti Penutup para Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam. Allah Ta’ala mula-mula menciptakan ruhnya, ruhnya yang berkilau bercahaya, dan ruh tersebut adalah ‘nur’. Dan dari ‘nur’ tersebut, Allah menciptakan (segala sesuatu lainnya, red.)! Segala sesuatu diciptakan (oleh-Nya) dari ‘nur’ tersebut. Tak seorang pun atau apa pun mampu mencapai langsung esensi (Dzat) dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Tak ada yang dapat mencapainya – tak mungkin. Hanya melalui Penutup
para Nabi – ringkasan dan esensi dari seluruh ciptaan adalah bersama
beliau sallAllahu ‘alayhi wasallam. Itu telah dikurniakan pada
beliau, dan kurnia tersebut terus berlanjut bagi beliau tanpa berhenti,
mengalir, tak pernah berhenti, tak pernah terputus!
A’udhu billahi mina-sh-shaitani-r-rajim, bismillahi-r-Rahmani-r-Rahim. La haula wa la quwatta illa billahi-l ‘aliyyi-l ‘adhim.
Sultan-ul-Arifin[2]
Aba Yazid al-Bisthami, semoga Allah merahmatinya, (menasihati kita)
untuk menjaga dan memelihara zikir mereka, untuk menjaga tetap mengingat
mereka, untuk berusaha selalu bersama dengan para pewaris dari Penutup
para Nabi, untuk berusaha agar ruh kalian (selalu) berada dalam
samudera-samudera dari ruh-ruh suci mereka; kerana setiap orang dari
mereka – Awliya’ (para Waliyyullah – kekasih Allah),
para pewaris dari Penutup para Nabi, para Grand Wali (Wali-wali besar)
tersebut – telah dianugerahi samudera-samudera pula. Tetapi,
samudera-samudera milik mereka, bahkan seandainya seluruh samudera milik
para Nabi dan Wali dikumpulkan bersama dan disatukan, jika itu semua
dibandingkan dengan apa yang telah dianugerahkan Allah Ta’ala pada
Penutup para Nabi, iaitu Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam,
seluruh samudera mereka itu hanyalah bagaikan setitis air yang menempel
di ujung jarum ketika kalian mencelupkan jarum itu sesaat ke dalam
suatu samudera. Hanya seperti itulah perbandingan seluruh samudera
(milik para Nabi dan Wali) dengan samudera milik Penutup Para Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam.
Dan seluruh Awliya’ dan para Wali, terutama Grand Wali, Grand Syaikh,
orang-orang pada barisan pertama, yang dekat dengan Penutup para Nabi,
Sayyidina Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam, mereka
mengambil secara langsung dari beliau dan mereka telah diberi lebih
banyak dari yang lain. Dan ruh-ruh mereka tengah meminum ‘air’ dari
samudera-samudera itu dan ruh-ruh mereka pun menjadi samudera-samudera.
Ruh dari setiap orang dari mereka adalah bagaikan sebuah samudera dan
hanya Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam yang mengetahui apa yang ada dalam samudera tersebut. Allah tentu saja mengetahui segala sesuatunya; tetapi, pada maqam [3]
dari ciptaan (makhluq), apa yang telah dikurniakan pada seluruh Nabi,
dan demikian pula pada para Nabi-nabi besar, Awliya’ besar,
Syaikh-syaikh besar – mereka yang berada pada saf pertama pewaris
Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam – hanya Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam-sajalah yang mengetahuinya. Dan apa yang berada dalam samudera milik setiap orang, mereka mengetahuinya, demikian pula Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam mengetahuinya.
Kerana itulah, mereka memiliki alam semesta-alam semesta, ‘awalim’, ciptaan-ciptaan dalam samudera-samudera mereka. Dan ciptaan tersebut adalah suatu kurnia dari Penutup para Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam.
Dan kurnia Tuhannya bagi dirinya terus bertambah lebih banyak dan lebih
banyak, dan kurnia tersebut tidaklah tetap sama. Allah Ta’ala
berfirman: “Wahai hamba-Ku yang tercinta! Wa ladaynaa maziid! [4] Aku memberi dan tak akan pernah berhenti. Apa yang Ku-kurniakan padamu tak akan pernah berakhir”. Kerana itulah, apa yang dikurniakan pada RasulAllah sallAllahu ‘alayhi wasallam ketika beliau bersama kita, tidaklah sama saat ini. Setiap detik, setiap tarikan nafas, kurnia tersebut digandakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kerana itulah, ketika kami berkata tentang Aba Yazid al-Bisthami (r.a.): Jagalah
Auliya’, berusahalah untuk berada bersama mereka, bahkan sekalipun
hanya dengan nama-nama mereka dan dengan asosiasi/majlis mereka. Saat kita menyebut nama-nama mereka, suatu kasyf [5] atau pembukaan datang pada diri kita. Tidak kosong. Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam
mengatakan bahawa saat kita menyebut orang-orang yang salih – para
Wali, Grand Wali, para Nabi, Nabi-nabi Besar, dan Penutup para Nabi, ‘tanzil-ur-Rahmah’, rahmah dari samudera-samudera rahmah akan mendatangi diri kita. Kerana itulah, ‘manakib-ul-aulia’
(pembacaan kisah para Wali) diadakan. Quran Suci menyebut pula
nama-nama para Nabi, kerana setiap kali kita menyebut nama mereka,
rahmah yang berlimpah dari samudera-samudera rahmah mengaliri diri kita.
Kerana itulah, diulang berkali-kali (dalam Quran) akan apa yang terjadi
pada Bani Israil, apa yang terjadi pada Sayyidina Adam, apa yang
terjadi pada Sayyidina Nuh, apa yang terjadi pada Sayyidina Ibrahim dan
pada Nabi-nabi lain. Ini adalah untuk menerima kemuliaan dari mereka,
untuk mengambil bahagian dari ‘nur’ mereka, dari cahaya-cahaya
ilahiah milik mereka, agar datang pada dirimu. Dan ini adalah suatu
persiapan bagi kalian untuk kehidupan abadi kalian, kerana keabadian
dapat menampung sebanyak apa pun yang telah dikurniakan pada kalian,
tanpa batas. Mereka yang berada pada (atau berusaha untuk) kehidupan
abadi dan memiliki target untuk meraih keabadian, mereka boleh meminta
lebih dan lebih – tak terbatas. Sama seperti suatu pesawat terbang yang
tengah terbang melayang – semakin banyak petrol (minyak bahan bakar)
yang kita isikan ke dalamnya, semakin lama ia akan terbang, tak pernah
berkata ‘cukup’, tidak! Sebanyak yang kita isikan ke dalamnya, ia akan
terus terbang. Dan ruh-ruh kita dalam Hadirat Ilahiah – jangan berfikir
bahawa ruh-ruh terebut diam berhenti – mereka berlari dan berenang
melalui samudera-samudera yang tak terkira banyaknya. Semuanya itu milik
dari keabadian.
Kerana itu, adalah suatu perintah –
untuk melakukan suhbat, asosiasi – kalian harus menjaga jalur (hubungan)
dengan mereka secara langsung. Hubungan itu akan mengalir melalui wujud
sejatimu. Jangan berpikir bahawa ini (tubuh wadag kasar kita) adalah
wujud kita yang sejati. Ini hanyalah suatu bayangan dari wujud
sejatinya. Wujud sejati tersebut, dunia ini tak mampu menampungnya.
Kerana itulah, Pemimpin Malaikat Jibril (‘alayhissalam) kadang-kadang datang dalam bentuk seorang laki-laki, dan kita berkata Jibril (‘alayhissalam)
baru datang. Apakah ia meninggalkan maqam (posisi)nya dan datang ke
sini? Saat ia datang pada Nabi, apakah maqamnya kosong ia tinggalkan?
Apakah ia datang dengan wujud sejatinya? Bagaimana mungkin? (Apa yang
nampak datang) hanyalah perwakilan (dari wujud sejatinya), sebagai suatu
bayangan dalam bentuk seorang laki-laki. Wujud sejatinya tak pernah
bergerak ke sini dan ke sana dari Hadirat Ilahi. Tak pernah! “Tak
seorang pun yang matanya dapat melihat ke sana-sini!” Apakah kalian
fikir bahawa adalah wujud sejati Penutup para Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam
yang pernah bersama kita (saat beliau hidup, red)? Bagaimana mungkin
dunia ini dapat menampungnya? Seluruh ciptaan akan lenyap jika wujud
sejati beliau termanifestasikan untuk eksis di sini. Tak ada lagi
ciptaan, segala sesuatunya akan lenyap dalam samudera-samudera beliau,
tak ada yang akan pernah muncul. Tetapi segala sesuatunya, melalui
Hikmah Ilahiah, telah diatur dan diprogram. Tak seorang pun tahu
bagaimana keadaannya dan bagaimana ia wujud, tidak! Kita berada pada
maqam kedudukan kita, dan Firman Ilahiah datang mula-mula pada
Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam dan kemudian pada kita. Jika seandainya Nabi sallAllahu ‘alayhi wasallam tidak menjadi perantara (mediator), Wahyu Ilahiah akan membakar segala sesuatunya di muka bumi ini.
[Syaikh membaca ayat] “Kalau
sekiranya Kami turunkan Al-Quraan ini kepada sebuah gunung, pasti kamu
akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada
Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya
mereka berfikir..” [Surat al-Hashr, 21]
Kerana itulah, orang-orang jahil yang berfikiran sempit itu masih pula mengatakan bahawa Sayyidina Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam
hanya seperti seorang tukang pos – hanya membawa dan menyampaikan suatu
pesan. Betapa bodohnya! Dan kebodohan ini kini menjalar ke seluruh
dunia Islam, di Timur dan di Barat. Mereka sama sekali tak memahami
hikmah diutusnya Sayyidina Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam
dan kurnia Qur’an Suci bagi beliau. Gunung-gunung tak mampu memikul
(beban ini); tapi, hanya kalbu dari ia yang paling berkilau bercahaya
dan paling mulia-lah yang mampu untuk memikul berat dari Wahyu Ilahiah.
Bagaimana mungkin kalian mengatakan bahawa ia telah habis dan mati
sekarang, kemudian kita bisa bersama Allah tanpa Muhammad sallAllahu ‘alayhi wasallam? Kebodohan macam apa ini yang kini kita tengah berada di dalamnya?
Kerana itu, begitu banyak masalah
berdatangan pada orang-orang itu. Ya, memang ini adalah suatu samudera
yang demikian dalam yang kami tengah cuba untuk tunjukkan bagimu; kita
tak mampu mencapainya. Aba Yazid al-Bisthami – semoga Allah
merahmatinya, dan semoga cahaya-cahaya dari samuderanya menerangi
kalbu-kalbu kita. Qalbu-qalbu yang bercahaya, itulah qalbu-qalbu yang
hidup! Qalbu dan hati yang tak bercahaya, itulah hati yang mati, qalbu
yang terkunci. Kerana itulah, qalbu-qalbu dari begitu banyak ulama besar
tengah terkunci. Mereka tidak memahami apa yang kalian katakan.
Terkunci! Allah membuka qalbu dan hati kita pada Awliya’-Nya. Kita
memohon agar saat kita berbicara tentang Awliya’, agar mereka
mengurniakan pada kita sesuatu, yang sesuai dengan kebutuhan kita.
Kerana itu, inilah yang disebut ‘rabithah’ – koneksi dari qalbu ke qalbu. Saat kalian melakukan ‘rabithah’ [6], cahaya-cahaya Ilahiah yang dianugerahkan pada Wali tersebut, Grand Wali, atau Nabi, atau Grand Nabi, atau Khatm ul-Anbiya’ [7], akan mengalir melalui qalbu kalian, dan kalian akan tercahayai olehnya.
Saat kita melihat ke langit di waktu
malam, kita melihat bintang-bintang yang bercahaya; tapi, ada pula
miliaran bintang yang tidak bercahaya, kerana ‘nur’ itu tidak
datang pada mereka. Dan hal ini serupa pula pada manusia.
Makhluk-makhluk Langit tengah melihat manusia dan memperhatikan siapakah
di antara manusia tersebut yang bercahaya dan berkilau – sama seperti
ketika kita melihat bintang-bintang yang berkilau di langit. Kerana itu,
‘rabithah’, koneksi, hubungan, adalah medium yang paling
penting untuk meraih cahaya-cahaya syurgawi. Siapa yang menyangkal hal
ini akan terputus, tak ada cahaya yang datang ke qalbu mereka – habis!
Orang-orang, kerana itu, kini tengah berada dalam kegelapan, kerana
mereka tidak memiliki hubungan dengan ‘orang-orang langit’ atau dengan
hamba-hamba Allah yang bercahaya yang hidup di dunia ini di antara kita.
Kebanyakan orang kini tidak peduli lagi, mereka tidak tertarik, dan
mereka senang untuk hidup dalam kegelapan mereka, dalam ‘dunia’ mereka
yang gelap. Sama seperti burung-burung malam (kelelawar) yang senang
untuk berada dalam kegelapan malam. Mereka tak suka untuk keluar di
siang hari, kerana mereka tak menyukai cahaya. Dan kini, 99% orang-orang
di bumi tidak mahu mencari cahaya-cahaya syurgawi agar diri mereka pun
bercahaya, dan mereka pun senang berada dalam dunia yang gelap, dalam
suatu atmosfera yang gelap. Kerana itulah mereka melakukan begitu banyak
hal, yang jika mereka dapat melihatnya, tentu mereka tak akan mahu
melakukannya. Jika hati mereka tercahaya, mereka tak akan berkelahi, tak
akan bertengkar dan tak akan mengeluh. Mereka akan berbahagia dengan
apa yang telah dikurniakan pada mereka dari Sang Pencipta, Rabb as-Samaawaati.
Tapi, kegelapan telah mencegah dan menghindarkan mereka dari mencapai
titik itu, kerana mereka tak mau mencari hubungan ke dunia spiritual (ruhaniyya)
atau hubungan dengan spiritualiti dan makhluq-makhluq syurgawi di muka
bumi atau di langit. Itulah masalahnya. Semua orang-orang yang hidup
dalam atmosfera gelap ini, yang tak mahu meminta hubungan dengan
makhluk-makhluk syurgawi, dengan wujud spiritual makhluk-makhluk itu,
semua orang-orang ini adalah pembuat masalah.
Semoga Allah mengampuni saya, dan
memberikan pada kita pemahaman yang baik, kerana ini adalah suatu hal
penting yang mesti diketahui bangsa-bangsa. Seluruh bangsa dan negara
telah memutuskan hubungan mereka dengan makhluk-makhluk langit, mereka
menyangkal keberadaannya, mereka menyangkal kenabian (nubuwwah) dan kewalian (wilayah),
dan segala sesuatunya yang terkait dengan Langit, dan mereka terjatuh
dalam dunia yang gelap. Dunia gelap, ke mana pun mereka berlari, mereka
hanya akan menjumpai kegelapan dan masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan