Ahad, 19 Mei 2013
Isnin, 7 Januari 2013
Sabtu, 4 Februari 2012
WAHYU TERAKHIR RASULULLAH
Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah
ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di
padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.
dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan
para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari
terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w.
pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s..
Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira
sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”
Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu,
maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah
lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis
dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah
sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di
depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah
yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu?
Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.”
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun
berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah
yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu
telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah
mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis
dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat
yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah s.a.w.,
kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang
menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w.
melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata,
“YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan
sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.
Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., ‘Ya Rasulullah,
waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak
tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.”
Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah
dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke
rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan
berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”
Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam
dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata:
“Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk
mengambil tongkat beliau. “Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal,
untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah,
Rasulullah s.a.w.telah
menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi:
“Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?”
Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra.
memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.
Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil
ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera
beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua,
sesungguhnya Allah s.w.t.telah
menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu
berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di
samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan
dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak
tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”
Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata,
“Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga,
inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas
kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah
itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang
paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan
bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan
mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya
dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang
hamba kepada Allah s.w.t.
dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah
Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan
Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah
aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau
kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku,
maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam
rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.
Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t.,
kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti
oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat
lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu
semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”
Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu
maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w.
anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang
mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti
kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.”
Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua
jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada
kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang
satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah s.a.w.
masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar
penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa
memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak
lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.
berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin
berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh
berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”
Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan
kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat
mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis
sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah
tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah
berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin,
sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t.
dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan
dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di
akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t.
mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., “Wahai lzrail, pergilah kamu
kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling
lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah
terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke
rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku.”
Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?”
(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai
penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila
Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba
Allah, Rasulullah s.a.w.
sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat
lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat
itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah,
ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya
bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya
dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata; “Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab
Fathimah, “Tidak ayah.” “Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan
perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta
meramaikan kubur.” Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi
setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu
menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku
akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w.
menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi
aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail:
“Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu,
itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan
kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w.,
“Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail:
“Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan
dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di
dekat kepala Rasulullah s.a.w..
Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s., “Ya aku tahu” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t”
Berkata Jibril a.s., “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka,
para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu
syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti
kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s., “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya
aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau
masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga
sebelum umatmu memasuki syurga.”
Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu
Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada
pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”
Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau
sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu
terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang
mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah
tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”
UMUR RASULULLAH DAN PERISTIWA PENTING
Di sini dicoretkan beberapa peristiwa yang berlaku
semenjak Rasulullah S.A.W dilahirkan sehinggalah kenabian baginda untuk
pengetahuan kita bersama.
|
Baginda S.A.W berumur setahun
|
Halimah Sa’diah datang ke Mekah dan mengambil
baginda untuk dibawa pulang ke bani Sa’ad bagi tujuan mengasuh
sebagaimana adat masyarakat arab dulu
|
|
Ketika berumur dua tahun
|
Sayyidina Abu Bakar dilahirkan.
|
|
Ketika berumur tiga tahun
|
Berlakunya peristiwa pembelahan dada baginda buat
kali pertama. Menurut riwayat yang lain berlaku ketika umur baginda
empat tahun dan satu riwayat lagi ketika umur baginda lima tahun.
|
|
Ketika berumur lima tahun
|
Halimah Sa’diah mengembalikan baginda kepada ibunya
|
|
Ketika berumur enam tahun
|
Baginda bersama ibunya keluar untuk menziarahi
bapa-bapa saudaranya daripada bani Adi bin an-Najjar di Madinah. Pada
tahun ini juga ibu baginda wafat dalam perjalanan pulang iaitu di
Abwa’
|
|
Ketika berumur lapan tahun
|
Datuknya Abdul Muttalib wafat menurut riwayat yang
paling ramai. Penjagaan baginda berpindah kepada bapa saudaranya Abu
Tholib.
|
|
Ketika berumur sembilan tahun
|
Baginda keluar bersama bapa saudaranya Abu Tholib ke Syam untuk berniaga
|
|
Ketika berumur tiga belas tahun
|
Sayyidina Umar al-Khattob dilahirkan
|
|
Ketika berumur empat belas tahun
|
Berlakunya peperangan al-Fajjar antara kabilah
Kinanah dan Qais. Rasulullah S.A.W turut serta dalam peperangan ini
dan ia merupakan peperangan yang pertama disertai oleh baginda. Ia
dinamakan al-Fajjar kerana berlaku pada bulan haram.
Pada tahun ini juga berlakunya perjanjian Fudhul
dan dikatakan ia dinamakan Fudhul kerana dihadiri oleh kumpulan
daripada Jurhum yang mana setiap mereka bernama al-Fadhlu. Bani
Quraisy telah mermbuat perjanjian di Darul Nadwah dan bersepakat untuk
menghalangi orang zalim daripada melakukan kezaliman. Mereka
bersepakat di rumah Abdullah bin Jud’an. baginda S.A.W telah bersabda
yang bermaksud : Apa yang aku suka untuk aku berjani ialah kehadiranku
di rumah Ibnu Jud’an Hamr an-Nia’m dan jika aku diajak baginya
nescaya aku menyukainya.
|
|
Ketika berumur dua puluh lima tahun
|
Baginda keluar bersama dengan Maisarah dalam
menjual barangan perniagaan Siti Khadijah sebelum baginda mengahwini
Siti Khadijah dua bulan selepas itu pada tahun yang sama.
|
|
Ketika berumur tiga puluh tahun
|
Sayyidina Ali bin Abu Tholib dilahirkan berhampiran Ka’bah
|
|
Ketika berumur tiga puluh empat tahun
|
Lahirnya Mu’awiyah bin Abu Sufian dan Mu’az bin Jabal
|
|
Ketika berumur tiga puluh lima tahun
|
-Telah tersebar mengenai telah munculnya baginda dan juga berkat serta sifat amanahnya
- Fatimah az-Zahra’ dilahirkan
- Ka’bah runtuh dan Quraisy telah membaik
pulihnya yang mana baginda telah diminta untuk memberi pendapat
tentang bagaimana cara untuk meletakkan kembali hajarul aswad
ditempatnya kembali bagi menyelesaikan pertenglingkahan antara
mereka.Baginda telah mengambil sehelai kain yang mana hajarul aswad
diletakkan dalamnya dan selepas itu baginda meminta 4 orang pemimpin
utama Quraisy agar memegang keempat-empat punca kain itu. Apabila
tiba ditempat asalnya maka Rasulullah S.A.W mengambil hajaru aswad itu
dan dimeletaknya dengan mengunakan tangan baginda yang mulia.,
|
|
Ketika berumur tiga puluh lapan tahun
|
Berlakunya tanda-tanda awal kenabian baginda yang
mana baginda telah melihat cahaya dan mendengar suara tetapi tidak
melihat tuan suara tersebut. Baginda mula berkhalwat di gua Hira’
|
|
Ketika berumur empat puluh tahun
|
Jibril telah datang menemui baginda untuk
menyampaikan wahyu daripada Allah. Permulaan kenabian ini disebut
berlaku pada hari Isnin.
|
|
Tahun pertama kenabian baginda
|
Siti Khadijah, Ali bin Abu Tholib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar telah memeluk Islam
|
Inilah antara peristiwa penting yang berlaku
semenjak nabi S.A.W dilahirkan sehinggalah tahun pertama kenabian
baginda S.A.W. Insya Allah selepas ini akan dicoretkan mengenai beberapa
peristiwa yang lain selepas kenabian. Semoga ia dapat menambahkan lagi
pengetahuan kita tentang peristiwa yang penting sepanjang hayat baginda
untk renungan bersama.
TANGISAN RASULULLAH TERGONCANG ARASH
Jika
harta yang hilang dari diri seseorang, maka tiada apa pun yang hilang,
Jika kesihatan yang hilang dari diri seseorang, maka ada sesuatu yang
hilang, Tetapi jika akhlak yang hilang dari diri seseorang, maka
segala-galanya telah hilang dari diri seseorang.
“Dikisahkan,
bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka’bah,
beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: “Ya
Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. menirunya membaca “Ya Karim! Ya
Karim!” Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir
lagi: “Ya Karim! Ya Karim!” Rasulullah s.a.w. yang berada di
belakangnya mengikut zikirnya “Ya Karim! Ya Karim!” Merasa seperti
diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya
seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya.
Orang itu lalu berkata: “Wahai orang tampan! Apakah engkau memang
sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi?
Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan
aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.”
Mendengar
kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya:
“Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?” “Belum,” jawab
orang itu. “Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?” “Saya percaya dengan
mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan
membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu
dengannya,” kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun
berkata kepadanya: “Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di
dunia dan penolongmu nanti di akhirat!” Melihat Nabi di hadapannya, dia
tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.
“Tuan
ini Nabi Muhammad?!” “Ya” jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk
mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w.
menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: “Wahal orang
Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya
dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya, Ketahuilah, Allah mengutusku
bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau
diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman,
dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya.”
Ketika
itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia
berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan
bersabda: “Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona
dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di
hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil
mahupun yang besar!” Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian
pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: “Demi keagungan serta kemuliaan
Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka
hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!” kata orang Arab badwi
itu. “Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?”
Rasulullah
bertanya kepadanya. ‘Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba,
maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,’ jawab
orang itu. ‘Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan
memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia
memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula
betapa kedermawanannya!’
Mendengar
ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis
mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata
beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun
lagi seraya berkata: “Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam
kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya
kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya,
sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak
akan menghisab
dirinya,
juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah mengampuni
semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!” Betapa
sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu
menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.”
TANDA KELAHIRAN RASULULLAH
Suatu ketika, saat sedang tertidur di
halaman Ka’bah setelah Allah menyelamatkan Abdul Muttalib dari serangan
Abrahah, ia melihat suatu mimpi yang menakjubkan. Ia pun terbangun
ketakutan, dan mendatangi para peramal Quraisy, untuk menceritakan
mimpinya. Mereka pun berkata padanya, “Mimpi itu adalah mimpi yang
benar, akan muncul dari sulbimu seseorang yang seluruh penduduk Langit
dan Bumi akan percaya padanya, dan seseorang yang akan menjadi sangat
terkenal.” Saat itu, Abdul Muttalib menikahi Fatimah, dan ia mengandung
‘Abdullah. Dari Al Zabiih (RA), yang ceritanya amat masyhur.
Beberapa tahun kemudian, saat mereka
pulang kembali ke rumah setelah mengorbankan seratus ekor unta sebagai
qurban untuk menyelamatkan hidupnya, ‘Abdullah (RA) dan ayahnya melewati
seorang peramal Yahudi bernama Fatima. Ketika ia memandang wajah
‘Abdullah (RA), yang saat itu adalah seorang laki-laki paling tampan
dalam suku Quraisy, ia berkata, “Aku akan berikan padamu unta-unta
sejumlah yang sama dengan yang telah diqurbankan untukmu, jika kau mahu
berhubungan badan denganku sekarang.” Peramal wanita itu berkata seperti
ini kerana ia melihat di wajah ‘Abdullah, cahaya kenabian (nuur Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam), dan ia berharap ialah yang akan mengandung nabi termulia ini. ‘Abdullah (RA) menjawab,
“Berkenaan dengan haram, kematian adalah lebih utama,
dan aku tidak melihat satu halal pun dalam pandangan,
dan tentang apa yang kau minta,
seorang yang terhormat haruslah menjaga kehormatan dan agamanya.”
Pada hari berikutnya, ‘Abdul Muttalib
membawa ‘Abdullah untuk bertemu dengan Wahab ibn Abd Manaaf, yang
merupakan pimpinan dari Bani Zuhra, tuan mereka dalam silsilah dan asal
usul. ‘Abdul Muttalib menikahkan ‘Abdullah (RA) dengan putri Wahab,
Aaminah (RA), yang merupakan wanita terbaik dalam suku Quraisy, baik
dalam silsilah mahupun kelahirannya. Mereka menjadi suami dan isteri di
hari Isnin, di salah satu hari Mina, di suatu jalan gunung milik Abu
Talib. Dan Aminah pun mengandung Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam.
Pada hari berikutnya, ‘Abdullah (RA)
pergi keluar dan melewati wanita yang pernah melamarnya sebelumnya.
‘Abdullah bertanya padanya, “Mengapa kau tidak menawarkan padaku hal apa
yang pernah kau tawarkan padaku kemarin?” Wanita itu menjawab, “Cahaya
yang kau bawa kelmarin telah meninggalkanmu; kerana itu, aku tak
membutuhkanmu lagi hari ini. Aku sempat berharap untuk memiliki cahaya
itu dalam diriku, tapi Allah menghendakinya untuk ditaruh di tempat yang
lain.”
Begitu pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam
terjadi, begitu banyak pula keajaiban mulai terjadi pada Aminah. Sahl
ibn ‘Abdullah al-Tustari berkata, “Saat Allah menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam
dalam rahim ibunya, di suatu malam Jumaat dalam bulan Rajab, Allah SWT
memerintahkan Ridwan, Penjaga Syurga-syurga, untuk membuka Syurga
Tertinggi. Seorang penyeru mengumumkan di seluruh Langit dan Bumi bahawa
cahaya tersembunyi yang akan membentuk Sang Nabi Pembimbing akan
berdiam, pada malam itu juga, dalam rahim ibunya, di mana penciptaannya
akan disempurnakan. Diwahyukan pula bahawa ia akan muncul sebagai
seorang pembawa khabar gembira dan sebagai pemberi peringatan.”
Diriwayatkan oleh Ka’ab Al-Ahbaar (RA), bahawa pada malam pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam
tersebut, diumumkan di Langit dan seluruh tingkatannya, dan juga di
bumi dan segenap sudutnya, bahawa cahaya tersebunyi, dari mana sang
Nabiyallah sall-Allahu ‘alayhi wasallam diciptakan, akan mendiami rahim Aminah.
Juga, pada hari itu pula, seluruh
berhala-berhala di muka bumi terbalik atas ke bawah. Suku Quraisy yang
tadinya menderita kerana kekeringan yang parah dan penderitaan yang
berat, melalui peristiwa yang barakah ini, bumi menjadi hijau dan
pohon-pohon pun berbuah, dan barakah datang pada mereka dari segala
arah. Kerana tanda-tanda barakah ini, tahun saat mana Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam dibuahkan dikenal sebagai Tahun Kemenangan dan Kebahagiaan.
Ibn Ishaq meriwayatkan bahawa Aaminah
(RA) biasa mengatakan bagaimana ia telah dikunjungi oleh para malaikat
ketika ia sedang hamil dan mengandung Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam,
dan ia diberitahu, “Engkau sedang mengandung seorang Tuan Pemimpin dari
Ummat ini.” Aminah pun berkata, “Aku tak pernah merasakan bahawa diriku
tengah hamil dan mengandungnya, dan aku tak pernah mengalami
kesulitan-kesulitan atau mengidam makanan seperti yang dialami wanita
lainnya; aku hanya memperhatikan bahawa haidku telah berhenti. Suatu
saat, seorang malaikat datang kepadaku di saat aku dalam keadaan antara
tidur dan terjaga, dan ia berkata, ‘Apakah engkau merasa bahawa dirimu
tengah mengandung Penghulu seluruh manusia?’, lalu ia pun
meninggalkanku. Saat waktu kelahiran makin mendekat, ia datang lagi dan
berkata, ‘Katakanlah: Aku memohon perlindungan baginya dengan Yang Esa
dari kejahatan setiap orang yang dengki, dan menamainya Muhammad.’ ”
Ibn ‘Abbas (RA) berkat, “Salah satu di antara mu’jizat-mu’jizat pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam
adalah pada malam itu, setiap ekor haiwan-haiwan milik Quraisy
berbicara dan mengatakan, ‘Demi Tuhan dari Ka’bah, Utusan Allah telah
dibuahkan pada rahim ibunya. Dialah pemimpin alam dan cahaya dari
penghuni-penghuninya. Tak ada satu pun singgasana milik raja mana pun di
dunia ini yang tidak terbalik atas ke bawah pada malam ini.’
Haiwan-haiwan liar dari timur bergegas menemui haiwan- haiwan liar di
barat menyampaikan khabar gembira ini, dan seperti itu pula penghuni
lautan dan samudera memberi salam satu sama lain. Setiap hari pada bulan
pembuahan beliau ini, ada suatu seruan di Langit dan Bumi:
‘Bergembiralah, telah dekat waktunya ketika Abul Qasim akan muncul,
terberkati dan beruntung.’”
Riwayat yang lain mengatakan bahawa
pada malam itu, setiap dan seluruh rumah tercahayai, dan cahaya itu
mencapai tempat mana pun dan setiap serta seluruh haiwan pun berbicara.
Abu Zakariyya Yahia ibn Aa’its mengatakan, “Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam
tinggal dalam rahim ibunya selama sembilan bulan penuh, saat mana
ibunya tak pernah mengeluh sakit atau apa pun yang biasa dialami wanita
hamil. Ibunya biasa berkata, ‘Aku tak pernah melihat kehamilan yang
lebih mudah daripada yang ini, atau yang lebih barakah.’”
Ketika Aaminah (RA) berada dalam bulan
kedua kehamilannya, ‘Abdullah wafat di Madinah di antara paman-pamannya
dari Bani Al Najjar, dan ia dimakamkan di Al Abwa’. Diriwayatkan pula
bahawa ketika ‘Abdullah RA wafat, para malaikat berkata, “Wahai, Tuhan
dan Raja kami, Nabi-Mu telah menjadi seorang yatim.” Allah berfirman,
“Aku-lah Pelindung dan Pendukungnya.”
SELAWAT KEATAS BAGINDA RASULULLAH
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam.
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya
Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang
yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam
hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan
kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas
baginda (S.A.W.), antaranya :-
- Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
- Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
- Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Kedudukan selawat ke
atas nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut
sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi
menyatakannya sebagai ijma’ ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’
ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama
Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat
menyatakan ianya wajib seumur hidup).
Dalam hal ini,
sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama
Rasulullah (S.A.W.), dan sebahagian yang lain menyatakan wajib sekali di
sepanjang majlis meskipun dalam majlis tersebut kerap kali disebut nama
Rasulullah (S.A.W.) dan sebahagian yang lain menyatakan wajib
memperbanyakkan selawat tanpa terikat dengan bilangan dan tidak memadai
sekali seumur hidup.
Menurut jumhur ulama
dalam masalah ini, selawat ke atas nabi (S.A.W.) merupakan ibadat dan
jalan mendekatkan diri kepada Allah (s.w.t). Seperti juga zikir, tasbih
dan tahmid. Ia diwajibkan sekali seumur hidup dan disunatkan pada setiap
waktu dan ketika. Sepatutnya juga ke atas setiap muslim
memperbanyakkannya.
Berkait juga dengan
soalan yang dikemukakan, iaitu tentang hukum selawat dalam sembahyang.
Perkara ini berlaku khilaf di kalangan ulama’. Menurut pandangan Mazhab
Syafei dan Hanbali, selawat diwajibkan dalam sembahyang dan tidak sah
sembahyang tanpa selawat. Manakala dalam Mazhab Maliki dan Hanafi,
selawat merupakan perkara yang sunat muakkad dan sah sembahyang tanpanya
tetapi dalam keadaan yang makruh.
PERNIKAHAN RASULULLAH
Pertama : Bermimpi Matahari Turun Ke Rumahnya
Dia adalah
Khadijah r.a, seorang wanita janda, bangsawan, hartawan, cantik dan
budiman. Ia disegani oleh masyarakat Quraisy khususnya, dan bangsa Arab
pada umumnya. Sebagai seorang pengusaha, ia banyak memberikan bantuan
dan modal kepada pedagang-pedagang atau melantik orang-orang untuk
mewakili urusan-urusan perniagaannya ke luar negeri.
Banyak pemuka
Quraisy yang ingin menikahinya dan sanggup membayar mas kahwin berapa
pun yang dikehendakinya, namun selalu ditolaknya dengan halus kerana tak
ada yang berkenan di hatinya. Pada suatu malam ia bermimpi melihat
matahari turun dari langit, masuk ke dalam rumahnya serta memancarkan
sinarnya ke merata tempat sehingga tiada sebuah rumah di kota Makkah
yang luput dari sinarnya.
Mimpi itu
diceritakan kepada anak bapa saudaranya yang bernama Waraqah bin Naufal.
Dia seorang lelaki yang berumur lanjut, ahli dalam mentakbirkan mimpi
dan ahli tentang sejarah bangsa-bangsa purba. Waraqah juga mempunyai
pengetahuan luas dalam agama yang dibawa oleh Nabi-Nabi terdahulu.
Waraqah berkata: “Takwil dari mimpimu itu ialah bahawa engkau akan menikah kelak dengan seorang Nabi akhir zaman.”
“Nabi itu berasal dari negeri mana?” tanya Khadijah bersungguh-sungguh.
“Dari kota Makkah ini!” ujar Waraqah singkat.
“Dari suku mana?”
“Dari suku Quraisy juga.”
Khadijah bertanya lebih jauh: “Dari keluarga mana?”
“Dari keluarga Bani Hasyim, keluarga terhormat,” kata Waraqah dengan nada menghibur.
Khadijah
terdiam sejenak, kemudian tanpa sabar meneruskan pertanyaan terakhir:
“Siapakah nama bakal orang agung itu, hai anak bapa saudaraku?”
Orang tua itu mempertegas: “Namanya Muhammad SAW. Dialah bakal suamimu!”
Khadijah
pulang ke rumahnya dengan perasaan yang luar biasa gembiranya. Belum
pernah ia merasakan kegembiraan sedemikian hebat. Maka sejak itulah
Khadijah sentiasa bersikap menunggu dari manakah gerangan kelak
munculnya sang pemimpin itu.
Kedua : Rasulullah Berniaga
Muhammad, bakal
suami wanita hartawan itu, adalah seorang yatim piatu yang miskin sejak
kecilnya, dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Thalib, yang hidupnya
pun serba kekurangan. Meskipun demikian, bapa saudaranya amat sayang
kepadanya, menganggapnya seperti anak kandung sendiri, mendidik dan
mengasuhnya sebaik-baiknya dengan adab, tingkah laku dan budi pekerti
yang terpuji.
Pada suatu
ketika, Abu Thalib berbincang-bincang dengan saudara perempuannya
bernama ‘Atiqah mengenai diri Muhammad. Beliau berkata: “Muhammad sudah
pemuda dua puluh empat tahun. Semestinyalah sudah kahwin. Tapi kita tak
mampu mengadakan perbelanjaan, dan tidak tahu apa yang harus diperbuat.”
Setelah
memikirkan segala ikhtiar, ‘Atiqah pun berkata: “Saudaraku, saya
mendengar berita bahawa Khadijah akan memberangkatkan kafilah niaga ke
negeri Syam dalam waktu dekat ini. Siapa yang berhubungan dengannya
biasanya rezekinya bagus, diberkati Allah SWT. Bagaimana kalau kita
pekerjakan Muhammad kepadanya? Saya kira inilah jalan untuk memperolehi
nafkah, kemudian dicarikan isterinya.”
Abu Thalib menyetujui saranan saudara perempuannya. Dirundingkan dengan Muhammad, ia pun tidak keberatan.
‘Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.
‘Atiqah mendatangi wanita hartawan itu, melamar pekerjaan bagi Muhammad, agar kiranya dapat diikut sertakan dalam kafilah niaga ke negeri Syam.
Khadijah,
tatkala mendengar nama “Muhammad”, ia berfikir dalam hatinya: “Oh…
inilah takbir mimpiku sebagaimana yang diramalkan oleh Waraqah bin
Naufal, bahawa ia dari suku Quraisy dan dari keluarga Bani Hasyim, dan
namanya Muhammad, orang terpuji, berbudi pekerti tinggi dan nabi akhir
zaman.” Seketika itu juga timbullah hasrat di dalam hatinya untuk
bersuamikan Muhammad, tetapi tidak dilahirkannya kerana khuatir akan
fitnah.
“Baiklah,” ujar
Khadijah kepada ‘Atiqah, “saya terima Muhammad dan saya berterima kasih
atas kesediaannya. Semoga Allah SWT melimpahkan berkatnya atas kita
bersama.”. Wajah Khadijah cerah, tersenyum sopan, menyembunyikan apa
yang tersudut di kalbunya.
Kemudian ia
meneruskan: “Wahai ‘Atiqah, saya tempatkan setiap orang dalam rombongan
niaga dengan penghasilan tinggi, dan bagi Muhammad SAW akan diberikan
lebih tinggi dari biasanya.”
‘Atiqah
berterima kasih, ia pulang dengan perasaan gembira menemui saudaranya,
menceritakan kepadanya hasil perundingannya dengan wanita hartawan dan
budiman itu. Abu Thalib menyambutnya dengan gembira.
Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: “Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.”
Kedua bersaudara itu memanggil Muhammad SAW seraya berkata: “Pergilah anakanda kepada Khadijah r.a, ia menerima engkau sebagai pekerjanya. Kerjakanlah tugasmu sebaik-baiknya.”
Muhammad SAW
menuju ke rumah wanita pengusaha itu. Sementara akan keluar dari
pekarangan rumah bapa saudaranya, tiba-tibalah ia mencucurkan air mata
kesedihan mengenang nasibnya. Tiada yang menyaksikannya dan menyertainya
dalam kesedihan hati itu selain para malaikat langit dan bumi.
Ketiga : Kesaksian Seorang Rahib
Tatkala kafilah
niaga itu siap akan berangkat, berkatalah Maisarah, kepala rombongan:
“Hai Muhammad, pakailah baju bulu itu, dan peganglah bendera kafilah.
Engkau berjalan di depan, menuju ke negeri Syam!”
Muhammad SAW
melaksanakan perintah. Setelah iring-iringan keluar dari halaman
memasuki jalan raya, tanpa sedar Muhammad SAW menangis kembali, tiada
yang melihatnya kecuali Allah dan para malaikat-Nya. Dari mulutnya
terucap suara kecil: “Aduh hai nasib! Mana gerangan ayahku Abdullah,
mana gerangan ibuku Aminah. Kiranyalah mereka menyaksikan nasib
anakandanya yang miskin yatim piatu ini, yang justeru lantaran
ketiadaannyalah sehingga terbawa jadi buruh upahan ke negeri jauh. Aku
tidak tahu apakah aku masih akan kembali lagi ke negeri ini, tanah
tumpah darahku.”
Jeritan batin
itu membuat para malaikat langit bersedih. Mereka memintakan rahmat
baginya. Maisarah memperlakukan Muhammad SAW dengan agak istimewa,
sesuai dengan wasiat Khadijah. Diberinya pakaian terhormat, kenderaan
unta yang tangkas dengan segala perlengkapannya.
Perjalanan
mengambil waktu beberapa hari. Terik matahari begitu panas sekali.
Tetapi Muhammad SAW berjalan sentiasa dipayungi awan yang menaunginya
hingga mereka berhenti di sebuah peristirehatan dekat rumah seorang
Rahib Nasrani.
Muhammad SAW turun dari untanya, pergi berangin-angin melepaskan lelah di bawah pohon yang teduh.
Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat.
Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.
Rahib keluar dari tempat pertapaannya. Ia terhairan-hairan melihat gumpalan awan menaungi kafilah dari Makkah, padahal tak pernah terjadi selama ini. Ia tahu apa erti tanda itu kerana pernah dibacanya di dalam Kitab Taurat.
Rahib menyiapkan suatu perjamuan bagi kafilah itu dengan maksud untuk menyiasat siapa pemilik karamah dari kalangan mereka.
Semua anggota
rombongan hadir dalam majlis perjamuan itu, kecuali Muhammad SAW seorang
diri yang tinggal untuk menjaga barang-barang dan kenderaan. Ketika
Rahib melihat awan itu tidak bergerak, tetap di atas kafilah,
bertanyalah beliau: “Apakah di antara kalian masih ada yang tidak hadir
di sini?”
Maisarah menjawab: “Hanya seorang yang tinggal untuk menjaga barang-barang.”
Rahib pergi
menjemput Muhammad SAW dan terus menjabat tangannya, membawanya ke
majlis perjamuan. Ketika Muhammad SAW. bergerak, Rahib memperhatikan
awan itu turut bergerak pula mengikuti arah ke mana Muhammad SAW
berjalan. Dan di saat Muhammad SAW masuk ke ruangan perjamuan, Rahib
keluar kembali menyaksikan awan itu, dan dilihatnya awan itu tetap di
atas, tidak bergerak sedikit pun walaupun dihembus angin. Maka
mengertilah ia siapa gerangan yang memiliki karamah dan keutamaan itu.
Rahib masuk kembali dan mendekati Muhammad SAW, bertanya: “Hai pemuda, dari negeri mana asalmu?”
“Dari Makkah”.
“Dari qabilah mana?” tanya sang Rahib.
“Dari Quraisy, tuan!”
“Dari keluarga siapa?”
“Keluarga Bani Hasyim.”
‘Siapa namamu?”
“Namaku, Muhammad.”
Serta merta
ketika mendengar nama itu, Rahib berdiri dan terus memeluk Muhammad SAW
serta menciumnya di antara kedua alisnya seraya mengucapkan: “Laa Ilaaha
Illallaah, Muhammadar Rasulullah.”
Ia menatap
wajah Muhammad SAW dengan perasaan takjub, seraya bertanya: “Sudikah
engkau memperlihatkan tanda di badanmu agar jiwaku tenteram dan
keyakinanku lebih mantap?”
“Tanda apakah yang tuan maksudkan?” tanya Muhammad SAW.
“Silakan buka bajumu supaya kulihat tanda akhir kenabian di antara kedua bahumu!”
Muhammad SAW. memperkenankannya, dimana Rahib tua itu melihat dengan jelas ciri-ciri yang dimaksudkan.
“Ya….ya….tertolong, tertolong!” seru Rahib. “Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!”
“Ya….ya….tertolong, tertolong!” seru Rahib. “Pergilah ke mana hendak pergi. Engkau terus ditolong!”
Rahib itu
mengusap wajah Muhammad SAW, sambil menambahkan: “Hai hiasan di hari
kemudian, hai pemberi syafa’at di akhirat, hai peribadi yang mulia, hai
pembawa nikmat, hai nabi rahmat bagi seluruh alam!”
Dengan
pengakuan demikian, Rahib dari Ahlil-Kitab itu telah menjadi seorang
muslim sebelum Muhammad SAW. dengan rasmi menerima wahyu kerasulan dari
langit.
Keempat : Paderi Yahudi Gementar Ketakutan
Pasar dibuka
beberapa hari lamanya. Semua jualan laris dengan keuntungan berlipat
ganda, mengatasi pengalaman yang sudah-sudah. Kebetulan pada saat itu
bertepatan dengan hari Yahudi, yang dimeriahkan dengan upacara
besar-besaran.
Muhammad SAW,
Abu Bakar dan Maisarah keluar menonton keramaian itu. Tatkala Muhammad
SAW memasuki tempat upacara untuk menyaksikan cara mereka beribadat,
maka tiba-tiba berjatuhanlah semua lilin-lilin menyala yang bergantungan
pada tali di sekitar ruangan, yang menyebabkan paderi-paderi Yahudi
gementar ketakutan.
Seorang di antara mereka bertanya: “Alamat apakah ini?” Semuanya hairan, cemas dan ketakutan.
“Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”
“Ini bererti ada orang asing yang hadir di sini,” jawab pengerusi upacara. “Kita baca dalam Taurat bahawa alamat ini akan muncul bilamana seorang lelaki bernama Muhammad SAW, Nabi akhir zaman, mendatangi hari raya agama Yahudi. Mungkinlah sekarang orang itu berada di ruangan kita ini. Carilah lelaki itu, dan kalau bertemu, segeralah tangkap!”
Abu Bakar r.a,
sahabat Muhammad SAW sejak dari kecil, dan Maisarah, yang mendengar
berita itu segera mendekati Muhammad SAW yang berdiri agak terpisah, dan
mengajaknya keluar perlahan-lahan di tengah-tengah kesibukan orang yang
berdesak-desakan keluar masuk ruangan.
Tanpa menunda
waktu lagi, Maisarah segera memerintahkan kafilah berangkat pulang ke
Makkah. Dengan demikian tertolonglah Muhammad SAW dari kejahatan
orang-orang Yahudi.
Kelima : Rasulullah Pulang Ke Mekah
Biasanya dalam
perjalanan pulang, kira-kira jarak tujuh hari lagi mendekati Makkah,
Maisarah mengirim seorang utusan kepada Khadijah r.a, memberitahukan
bakal kedatangan kafilah serta perkara-perkara lain yang menyangkut
perjalanan.
Maisarah menawarkan kepada Muhammad SAW: “Apakah engkau bersedia diutus membawa berita ke Makkah?”
Muhammad SAW berkata: “Ya, saya bersedia apabila ditugaskan”.
Muhammad SAW berkata: “Ya, saya bersedia apabila ditugaskan”.
Pemimpin
rombongan mempersiapkan unta yang cepat untuk dinaiki oleh utusan yang
akan berangkat terlebih dahulu ke kota Makkah. Ia pun menulis sepucuk
surat memberikan kepada majikannya bahawa perniagaan kafilah yang
disertai Muhammad SAW mendapat hasil laba yang sangat memuaskan, dan
menceritakan pula tentang pengalaman-pengalaman aneh yang berkaitan
dengan diri Muhammad SAW.
Tatkala
Muhammad SAW menuntun untanya dan sudah hilang dari pandangan mata, maka
Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s .:
“Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!”
“Hai Jibril, singkatkanlah bumi di bawah kaki-kaki unta Muhammad SAW! Hai Israfil, jagalah ia dari sebelah kanannya! Hai Mikail, jagalah ia dari sebelah kirinya! Hai awan, teduhilah ia di atas kepalanya!”
Kemudian Allah
SWT mendatangkan ngantuk kepadanya sehingga baginda SAW tertidur
nyenyak dan tiba-tiba telah sampai di Makkah dalam tempoh yang cukup
singkat. Saat terbangun, ia hairan mendapati dirinya telah berada di
pintu masuk kota kelahirannya. Baginda SAW sedar bahawa ini adalah
mukjizat Tuhan kepadanya, lalu bersyukur memuji Zat Yang Maha Kuasa.
Sementara
baginda SAW mengarahkan untanya menuju ke tempat Khadijah r.a, secara
kebetulan Khadijah r.a pada saat itu sedang duduk sambil kepalanya
keluar jendela memandangi jalan ke arah Syam, tiba-tiba dilihatnya
Muhammad SAW di atas untanya dari arah bertentangan di bawah naungan
awan yang bergerak perlahan-lahan di atas kepalanya.
Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan, padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya: “Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?” sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.
Khadijah r.a menajamkan matanya, bimbang kalau-kalau tertipu oleh penglihatannya, sebab yang dilihatnya hanyalah Muhammad SAW sendirian tanpa rombongan, padahal telah dipesannya kepada Maisarah agar menjaganya sebaik-baik. Ia bertanya kepada wanita-wanita sahayanya yang duduk di sekitarnya: “Apakah kamu mengenali siapa pengendara yang datang itu?” sambil tangannya menunjuk ke arah jalan.
Seorang di antara mereka menjawab: “Seolah-olah Muhammad Al-Amiin, ya sayyidati!”
Kegembiraan
Khadijah r.a terlukis dalam ucapannya: “Kalau benar Muhammad Al-Amiin,
maka kamu akan kumerdekakan bilamana ia telah sampai!”
Tak lama
kemudian muncullah Muhammad SAW di depan pintu rumah wanita hartawan
itu, yang langsung menyambutnya dengan tutur sapa tulus ikhlas:
“Kuberikan anda unta pilihan, tunggangan khusus dengan apa yang ada di
atasnya.”
Muhammad SAW
mengucapkan terima kasih, kemudian menyerahkan surat dari ketua
rombongan. Ia minta izin pulang ke rumah bapa saudaranya setelah
melaporkan tentang perniagaan mereka ke luar negeri.
Keenam : Khadijah Menawarkan Diri
Muhammad
Al-Amiin muncul di rumah Khadijah. Wanita usahawan itu berkata: “Hai
Al-Amiin, katakanlah apa keperluanmu!” Suaranya ramah, bernada dermawan.
Dengan sikap
merendahkan diri tapi tahu diharga dirinya, Muhammad SAW berbicara
lurus, terus terang, meskipun agak malu-malu tetapi pasti. Katanya:
“Kami sekeluarga memerlukan nafkah dari bahagianku dalam rombongan
niaga. Keluarga kami amat memerlukannya untuk mencarikan jodoh bagi anak
saudaranya yang yatim piatu”. Kepalanya tertunduk, dan wanita hartawan
itu memandangnya dengan penuh ketakjuban.
“Oh, itukah….!
Muhammad, upah itu sedikit, tidak menghasilkan apa-apa bagimu untuk
menutupi keperluan yang engkau maksudkan,” kata Khadijah r.a. “Tetapi
biarlah, nanti saya sendiri yang mencarikan calon isteri bagimu”. Ia
berhenti sejenak, meneliti. Kemudian meneruskan dengan tekanan suara
memikat dan mengandungi isyarat: “Aku hendak mengahwinkanmu dengan
seorang wanita bangsawan Arab. Orangnya baik, kaya, diingini oleh banyak
raja-raja dan pembesar-pembesar Arab dan asing, tetapi ditolaknya.
Kepadanyalah aku hendak membawamu”. Khadijah tertunduk lalu melanjutkan:
“Tetapi sayang, ada aibnya…! Dia dahulu sudah pernah bersuami. Kalau
engkau mahu, maka dia akan menjadi pengkhidmat dan pengabdi kepadamu”.
Pemuda
Al-Amiin tidak menjawab. Mereka sama-sama terdiam, sama-sama terpaku
dalam pemikirannya masing-masing. Yang satu memerlukan jawapan, yang
lainnya tak tahu apa mahu dijawab.
Khadijah r.a
tak dapat mengetahui apa yang terpendam di hati pemuda Bani Hasyim itu,
pemuda yang terkenal dengan gelaran Al-Amiin (jujur). Pemuda Al-Amiin
itupun mungkin belum mengetahui siapa kira-kira calon yang dimaksud oleh
Khadijah r.a.
Ia minta izin
untuk pulang tanpa sesuatu keputusan yang ditinggalkan. Ia menceritakan
kepada bapa saudaranya: “Aku merasa amat tersinggung oleh kata-kata
Khadijah r.a. Seolah-olah dia memandang enteng dengan ucapannya ini dan
itu “anu dan anu….” Ia mengulangi apa yang dikatakan oleh perempuan kaya
itu.
‘Atiqah juga
marah mendengar berita itu. Dia seorang perempuan yang cepat naik darah
kalau pihak yang dinilainya menyinggung kehormatan Bani Hasyim. Katanya:
“Muhammad, kalau benar demikian, aku akan mendatanginya”.
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”
‘Atiqah tiba di rumah Khadijah r.a dan terus menegurnya: “Khadijah, kalau kamu mempunyai harta kekayaan dan kebangsawan, maka kamipun memiliki kemuliaan dan kebangsawanan. Kenapa kamu menghina puteraku, anak saudaraku Muhammad?”
Khadijah r.a
terkejut mendengarnya. Tak disangkanya bahawa kata-katanya itu akan
dianggap penghinaan. Ia berdiri menyabarkan dan mendamaikan hati
‘Atiqah: “Siapakah yang sanggup menghina keturunanmu dan sukumu? Terus
terang saja kukatakan kepadamu bahawa dirikulah yang kumaksudkan kepada
Muhammad SAW. Kalau ia mahu, aku bersedia menikah dengannya; kalau
tidak, aku pun berjanji tak akan bersuami hingga mati”.
Pernyataan
jujur ikhlas dari Khadijah r.a membuat ‘Atiqah terdiam. Kedua wanita
bangsawan itu sama-sama cerah. Percakapan menjadi serius.
“Tapi Khadijah,
apakah suara hatimu sudah dimaklumi oleh anak bapa saudaramu Waraqah
bin Naufah?” tanya ‘Atiqah sambil meneruskan: “Kalau belum cubalah
meminta persetujuannya.”
“Ia belum tahu,
tapi katakanlah kepada saudaramu, Abu Thalib, supaya mengadakan
perjamuan sederhana. Jamuan minum, dimana sepupuku diundang, dan
disitulah diadakan majlis lamaran”, Khadijah r.a berkata seolah-olah
hendak mengatur siasat. Ia yakin Waraqah takkan keberatan kerana dialah
yang menafsirkan mimpinya akan bersuamikan seorang Nabi akhir zaman.
‘Atiqah pulang
dengan perasaan tenang, puas. Pucuk dicinta ulam tiba. Ia segera
menyampaikan berita gembira itu kepada saudara-saudaranya: Abu Thalib,
Abu Lahab, Abbas dan Hamzah. Semua riang menyambut hasil pertemuan
‘Atiqah dengan Khadijah r.a.
“Itu bagus sekali”, kata Abu Thalib, “tapi kita harus bermesyuarat dengan Muhammad SAW lebih dahulu.”
Ketujuh : Janda Cantik
Sebelum
dijemput bermesyuarat oleh bapa saudaranya, maka terlebih dahulu ia pun
telah menerima seorang perempuan bernama Nafisah, utusan Khadijah r.a
yang datang untuk menjalin hubungan kekeluargaan. Utusan peribadi
Khadijah itu bertanya: “Muhammad, kenapa engkau masih belum berfikir
mencari isteri?”
Muhammad SAW menjawab: “Hasrat ada, tetapi kesanggupan belum ada.”
“Bagaimana
kalau seandainya ada yang hendak menyediakan nafkah? Lalu engkau
mendapat seorang isteri yang baik, cantik, berharta, berbangsa dan
sekufu pula denganmu, apakah engkau akan menolaknya?”
“Siapakah dia?” tanya Muhammad SAW.
“Khadijah!” Nafisah berterus terang. “Asalkan engkau bersedia, sempurnalah segalanya. Urusannya serahkan kepadaku!”
Usaha Nafisah
berjaya. Ia meninggalkan putera utama Bani Hasyim dan langsung menemui
Khadijah r.a, menceritakan kesediaan Muhammad SAW. Setelah Muhammad SAW
menerima pemberitahuan dari saudara-saudaranya tentang hasil pertemuan
dengan Khadijah r.a, maka baginda tidak keberatan mendapatkan seorang
janda yang usianya lima belas tahun lebih tua daripadanya.
Betapa tidak
setuju, apakah yang kurang pada Khadijah? Ia wanita bangsawan, cantik,
hartawan, budiman. Dan utamanya pula kerana hatinya telah dibukakan
Tuhan untuk mencintainya, telah ditakdirkan akan dijodohkan dengannya.
Kalau
dikatakan janda, biarlah! Ia memang janda umur empat puluh, tapi janda
yang masih segar, bertubuh ramping, berkulit putih dan bermata jeli.
Maka diadakanlah majlis yang penuh keindahan itu. Hadir sama Waraqah bin
Naufal dan beberapa orang-orang terkemuka Arab yang sengaja dijemput.
Abu Thalib dengan rasmi meminang Khadijah r.a kepada saudara sepupunya.
Orang tua bijaksana itu setuju. Tetapi dia meminta tempoh untuk
berunding dengan wanita berkenaan.
Kelapan : Pernikahan Rasulullah
Khadijah r.a diminta
pendapat. Dengan jujur ia berkata kepada Waraqah: “Hai anak bapa
saudaraku, betapa aku akan menolak Muhammad SAW padahal ia sangat
amanah, memiliki keperibadian yang luhur, kemuliaan dan keturunan
bangsawan, lagi pula pertalian kekeluargaannya luas”.
“Benar katamu, Khadijah, hanya saja ia tak berharta”, ujar Waraqah.
“Kalau ia tak
berharta, maka aku cukup berharta. Aku tak memerlukan harta lelaki.
Kuwakilkan kepadamu untuk menikahkan aku dengannya,” demikian Khadijah
r.a menyerahkan urusannya.
Waraqah bin Naufal
kembali mendatangi Abu Thalib memberitakan bahawa dari pihak keluarga
perempuan sudah bulat muafakat dan merestui bakal pernikahan kedua
mempelai. Lamaran diterima dengan persetujuan mas kahwin lima ratus
dirham. Abu Bakar r.a, yang kelak mendapat sebutan “Ash-Shiddiq”,
sahabat akrab Muhammad SAW. sejak dari masa kecil, memberikan sumbangan
pakaian indah buatan Mesir, yang melambangkan kebangsawaan Quraisy,
sebagaimana layaknya dipakai dalam upacara adat istiadat pernikahan
agung, apalagi kerana yang akan dinikahi adalah seorang hartawan dan
bangsawan pula.
Peristiwa pernikahan
Muhammad SAW dengan Khadijah r.a berlangsung pada hari Jumaat, dua
bulan sesudah kembali dari perjalanan niaga ke negeri Syam. Bertindak
sebagai wali Khadijah r.a ialah bapa saudaranya bernama ‘Amir bin Asad,
sedang Waraqah bin Naufal membacakan khutbah pernikahan dengan fasih,
disambut oleh Abu Thalib sebagai berikut:
“Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.
“Alhamdu Lillaah, segala puji bagi Allah Yang menciptakan kita keturunan (Nabi) Ibrahim, benih (Nabi) Ismail, anak cucu Ma’ad, dari keturunan Mudhar.
“Begitupun kita
memuji Allah SWT Yang menjadikan kita penjaga rumah-Nya, pengawal Tanah
Haram-Nya yang aman sejahtera, dan menjadikan kita hakim terhadap sesama
manusia.
“Sesungguhnya anak
saudaraku ini, Muhammad bin Abdullah, kalau akan ditimbang dengan
laki-laki manapun juga, nescayalah ia lebih berat dari mereka sekalian.
Walaupun ia tidak berharta, namun harta benda itu adalah bayang-bayang
yang akan hilang dan sesuatu yang akan cepat perginya. Akan tetapi
Muhammad SAW, tuan-tuan sudah sama mengenalinya siapa dia. Dia telah
melamar Khadijah binti Khuwailid. Dia akan memberikan mas kahwin lima
ratus dirham yang akan segera dibayarnya dengan tunai dari hartaku
sendiri dan saudara-saudaraku.
“Demi Allah SWT,
sesungguhnya aku mempunyai firasat tentang dirinya bahawa sesudah ini,
yakni di saat-saat mendatang, ia akan memperolehi berita gembira
(albasyaarah) serta pengalaman-pengalaman hebat.
“Semoga Allah memberkati pernikahan ini”.
Penyambutan untuk
memeriahkan majlis pernikahan itu sangat meriah di rumah mempelai
perempuan. Puluhan anak-anak lelaki dan perempuan berdiri berbaris di
pintu sebelah kanan di sepanjang lorong yang dilalui oleh mempelai
lelaki, mengucapkan salam marhaban kepada mempelai dan menghamburkan
harum-haruman kepada para tamu dan pengiring.
Selesai upacara dan
tamu-tamu bubar, Khadijah r.a membuka isi hati kepada suaminya dengan
ucapan: “Hai Al-Amiin, bergembiralah! Semua harta kekayaan ini baik yang
bergerak mahupun yang tidak bergerak, yang terdiri dari
bangunan-bangunan, rumah-rumah, barang-barang dagangan, hamba-hamba
sahaya adalah menjadi milikmu. Engkau bebas membelanjakannya ke jalan
mana yang engkau redhai !”
Itulah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Dia (Allah) mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kekayaan”.
(Adh-Dhuhaa: 8)
Alangkah bahagianya kedua pasangan mulia itu, hidup sebagai suami isteri yang sekufu, sehaluan, serasi dan secita-cita.
Kesembilan : Dijamin Syurga
Khadijah r.a
mendampingi Muhammad SAW. selama dua puluh enam tahun, yakni enam belas
tahun sebelum dilantik menjadi Nabi, dan sepuluh tahun sesudah masa
kenabian. Ia isteri tunggal, tak ada duanya, bercerai kerana kematian.
Tahun wafatnya disebut “Tahun Kesedihan” (‘Aamul Huzni).
Khadijah r.a
adalah orang pertama sekali beriman kepada Rasulullah SAW. ketika wahyu
pertama turun dari langit. Tidak ada yang mendahuluinya. Ketika
Rasulullah SAW menceritakan pengalamannya pada peristiwa turunnya wahyu
pertama yang dihantar Jibril ‘alaihissalam, dimana beliau merasa
ketakutan dan menggigil menyaksikan bentuk Jibril a.s dalam rupa
aslinya, maka Khadijahlah yang pertama dapat mengerti makna peristiwa
itu dan menghiburnya, sambil berkata: “Bergembiralah dan tenteramkanlah
hatimu. Demi Allah SWT yang menguasai diri Khadijah r.a, engkau ini
benar-benar akan menjadi Nabi Pesuruh Allah bagi umat kita.
“Allah SWT
tidak akan mengecewakanmu. Bukankah engkau orang yang sentiasa berusaha
untuk menghubungkan tali persaudaraan? Bukankah engkau selalu berkata
benar? Bukankah engkau sentiasa menyantumi anak yatim piatu, menghormati
tetamu dan menghulurkan bantuan kepada setiap orang yang ditimpa
kemalangan dan musibah?”
Khadijah r.a
membela suaminya dengan harta dan dirinya di dalam menegakkan kalimah
tauhid, serta selalu menghiburnya dalam duka derita yang dialaminya dari
gangguan kaumnya yang masih engkar terhadap kebenaran agama Islam,
menangkis segala serangan caci maki yang dilancarkan oleh
bangsawan-bangsawan dan hartawan Quraisy.
Layaklah kalau
Khadijah r.a mendapat keistimewaan khusus yang tidak dimiliki oleh
wanita-wanita lain iaitu, menerima ucapan salam dari Allah SWT. yang
dihantar oleh malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW. disertai salam
dari Jibril a.s peribadi untuk disampaikan kepada Khadijah radiallahu
‘anha serta dihiburnya dengan syurga.
Kesetiaan Khadijah r.a diimbangi oleh kecintaan Nabi SAW kepadanya tanpa terbatas. Nabi SAW pernah berkata:
“Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti ‘Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir’aun”.
“Wanita yang utama dan yang pertama akan masuk Syurga ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad SAW., Maryam binti ‘Imran dan Asyiah binti Muzaahim, isteri Fir’aun”.
Kesepuluh : Wanita Terbaik
Sanjungan lain
yang banyak kali diucapkan Rasulullah SAW. terhadap peribadi Khadijah
r.a ialah: “Dia adalah seorang wanita yang terbaik, kerana dia telah
percaya dan beriman kepadaku di saat orang lain masih dalam bimbang
keengkaran; dia telah membenarkan aku di saat orang lain mendustakanku;
dia telah mengorbankan semua harta bendanya ketika orang lain mencegah
kemurahannya terhadapku; dan dia telah melahirkan bagiku beberapa
putera-puteri yang tidak ku dapatkan dari isteri-isteri yang lain”.
Putera-puteri
Rasulullah SAW. dari Khadijah r.a sebanyak tujuh orang: tiga lelaki
(kesemuanya meninggal di waktu kecil) dan empat wanita. Salah satu dari
puterinya bernama Fatimah, dinikahkan dengan Ali bin Abu Thalib,
sama-sama sesuku Bani Hasyim. Keturunan dari kedua pasangan inilah yang
dibangsakan sebagai keturunan langsung dari Rasulullah SAW.
Langgan:
Catatan (Atom)